Nuffnang

Isnin, 8 Oktober 2012

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


<b>Aaron Aziz</b> - Tiada Unsur Gangsterisme - Gua.com.my

Posted: 07 Oct 2012 09:37 AM PDT

Bertemu Bintang Paling Popular 2011 Aaron Aziz sewaktu penggambaran filem terbarunya, 'Lari' di Kuala Perlis baru-baru ini, memberi ruang pada GUA untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai filem tersebut.

"Dalam filem arahan Ahmad Idham ini saya diberi kepercayaan untuk memegang watak utama sebagai Khaliff, seorang bekas tentera yang sudah tujuh tahun meninggalkan kampung halaman. Dia pulang semula ke kampungnya selepas mendapat berita pemergian ayahnya. Selain itu, Khaliff turut kecewa apabila mendapat tahu kekasihnya, lakonan Dira, telah berkahwin dengan orang lain," ujarnya pada GUA.

Jelasnya lagi, tiada unsur gangsterisme dalam filem 'Lari' sebagaimana filem-filem terdahulunya meskipun filem ini sebuah naskhah aksi.

"Filem ini lebih kepada kasih sayang seorang abang kepada adiknya, lakonan Erin Malek, yang dibawa ke seberang untuk didagangkan menjadi pelacur dan dia cuba untuk menyelamatkan adiknya dengan menghadapi pelbagai liku dan cabaran semasa penggembaraannya ke sana."

     

Untuk pertama kalinya, Aaron juga bekerjasama dengan pengarah 'stunt' dari Thailand untuk babak aksi dalam filem ini.

"Aksi dalam filem ini berbeza dan memberikan lebih impak, dan aksi-aksi yang dilakonkan juga memberi kepuasan kepada saya. Pengarah 'stunt' juga tidak menyusahkan pelakon kerana dia tahu kemampuan kita. Walaupun penat, terpaksa bertarung di atas bot dengan cuaca yang panas dan berombak tetapi saya suka melakukannya. Dalam filem ini, saya mempunyai 10 babak aksi yang berbeza.

"Filem ini ada mesejnya yang tersendiri untuk masyarakat, khususnya mengenai pemerdagangan manusia yang semakin berleluasa. Melalui naskhah ini saya berharap dapat mendidik masyarakat."

Gandingannya bersama Dira dan juga Erin buat pertama kalinya dianggap sebagai satu kerjasama yang baik dan dia selesa berlakon bersama mereka malah mengganggap Erin sebagai adiknya.

Sementara itu, Aaron memberitahu dia mendapat tawaran untuk bekerjasama dengan pengarah 'stunt' untuk sebuah filem aksi di Thailand dan juga bakal berkobolarasi bersama satu produksi Hong Kong pada tahun hadapan.

"Ini merupakan tawaran yang sungguh luar biasa dan hebat kerana saya bakal bekerjasama dengan mereka yang sememangnya mempunyai kepakaran yang luas dalam perfileman antarabangsa. Tetapi saya akan meneliti dahulu jadual saya. Sekiranya ada ruang dan waktu kemungkinan saya akan terlibat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan