Nuffnang

Khamis, 18 Oktober 2012

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b> kuat semangat | Kaki Bising Dot Com

Posted: 25 Sep 2012 07:47 PM PDT

Alyah

Ditimpa bermacam musibah sejak menyelusuri langkah sebagai anak seni, tidak pernah mematahkan semangat Alyah untuk meneruskan cita-cita yang lama terpendam.

Penyanyi dari Johor ini tidak sekali melihat peristiwa yang menimpanya dari sudut negatif, sebaliknya dia percaya setiap dugaan yang tiba pasti ada hikmah tersirat.

Tiga hari dua malam menjalani rawatan di Pusat Pakar Damansara, Petaling Jaya selepas cedera dihempap tiang lampu di majlis rumah terbuka yang dihadirinya baru-baru ini, Alyah mendapat berita gembira apabila single terbarunya, Kau Yang Terindah dicalonkan dalam Muzik-Muzik.

"Alyah tidak trauma dengan apa yang berlaku, sebaliknya selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam setiap gerak langkahnya. Bagi Alyah, siapa saja boleh ditimpa musibah" – Shuib Ismail, Pengurus Alyah

Biar bukan berita yang besar, namun penyanyi berusia 32 tahun ini sudah cukup gembira dengan perkhabaran itu. Dalam keadaan kesihatan yang belum pulih sepenuhnya, Alyah juga menunjukkan semangat anak seni sejati apabila sudah mula memenuhi pelbagai undangan persembahan.

Tiga bulan elak kasut tinggi

Menurut pengurusnya, Shuib Ismail, beberapa hari selepas dibenarkan keluar dari wad, Alyah sudah kembali memenuhi undangan nyanyian.

Namun, katanya, langkahnya masih perlahan kerana otot serta tisu yang tercedera masih belum pulih sepenuhnya. Alyah juga perlu menjalani dua lagi sesi fisioterapi malah dinasihat doktor supaya tidak memakai kasut tinggi selama tiga bulan.

"Alyah tidak trauma dengan apa yang berlaku, sebaliknya selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam setiap gerak langkahnya. Bagi Alyah, siapa saja boleh ditimpa musibah.

"Walaupun doktor menasihatkan supaya berehat, Alyah tidak boleh duduk diam sebab dia sangat mementingkan kerjaya. Kebetulan pula Alyah sudah terikat dengan beberapa persembahan, jadi kalau boleh dia tidak mahu menghampakan harapan penganjur," katanya.

Shuib berkata, doktor juga menasihatkan Alyah supaya tidak memakai kasut terlalu nipis sebaliknya berketinggian seinci bagi mengelak hentakan ketika berjalan.

Biarpun terikat dengan pelbagai persembahan, mujur kata Shuib, jadual Alyah tidak begitu padat. Jadi dapatlah penyanyi itu berehat.

-berita harian-

<b>Alyah</b> 50 peratus pulih

Posted: 17 Sep 2012 11:26 PM PDT

Alyah 50 peratus pulih

Alyah 50 peratus pulih:  Alyah kini sedang menjalani beberapa rawatan fisioterapi di Hospital KPJ Damansara selepas  penyanyi itu ditimpa lampu acara (spotlight) yang berlaku di rumah terbuka Hot FM pada 14 September lalu.

Pengurus peribadi Alyah, Shuib memberitahu Alyah kini telah pun pulih sebanyak 50 peratus sejak menjalani rawatan di hospital tersebut.

"Alhamdulilah, tiada apa yang serius dan Alyah berada dalam keadaan yang stabil. Cuma dia masih perlukan rawatan selanjutnya untuk muscle tissue di bahagian berlakangnya yang ditimpa spotlight.

"Malah mengikut laporan oleh doktor Alyah sudah pulih sebanyak 50 peratus. Namun masih memerlukan beberapa rawatan di hospital termasuk dua kali fisIoterapi.

"Buat masa ini saya tidak boleh memberi apa-apa komen kerana tidak dibenarkan berbuat demikian selepas perjanjian kami bersama Media Prima,"

jelasnya ringkas.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Hati itu telah hadir ke majlis berkenaan bersama artis undangan yang lain seperti Yuna, Tomok dan kumpulan Forteen dan malangnya ketika acara sedang berlangsung sebuah lampu (spotlight) yang dilanggar sesorang jatuh dan menimpa belakang Alyah.- Info Artis @ forblogger.net

Connect Facebook

5.0

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan