Nuffnang

Isnin, 15 Oktober 2012

Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


Awi Rafael, <b>Awanband</b> Beraksi di Youth Revelation

Posted: 14 Oct 2012 11:15 PM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 15 OKTOBER 2012: Penyanyi Awi Rafael dan kumpulan Awanband bakal mengadakan persembahan istimewa di festival Youth Revelation di Maju Junction Mall pada 27 Oktober ini.

Persembahan mereka itu akan diadakan di hari kemuncak festival tersebut sekaligus dengan penyampaian hadiah bagi pertandiangan lukisan graffiti, breakdance dan berbasikal BMX yang diadakan pada 13 dan 20 Oktober.

Awi Rafael dan Awanband akan membuat persembahan bagi mewakili Warner Music Malaysia sebagai organasisasi yang turut bekerjasama menjayakan festival tersebut.

Festival Youth Revelation merupakan tiga hari festival yang memuatkan bengkel daripada aktiviti remaja masa kini seperti demostrasi street dance, flash mobs dan yoyo serta mempertandingkan aktiviti lukisan Graffiti, berbasikal BMX dan Breakdance.

Pengarah Urusan Maju Holdings Group, Amro Al Khadra berkata festival itu diadakan bagi menyediakan tempat atau medium positif kepada remaja untuk meluahkan bakat dan kreativiti mereka.

"Melihat kepada masalah remaja kini, kami mahu melakukan sesuatu yang boleh mengalihkan tenaga atau keupayaan mereka kepada seluruh masayarakat secara keseluruhan.

"Oleh itu, cara yang lebih mudah kami lalukan adalah dengan menganjurkan festival seperti ini yang mana beri peluang untuk remaja berhibur , mengambil bahagian dalam masa yang sama mempelajari kemahiran baru menerusi demontrasi dan workshop yang kita adakan," katanya.

Festival Youth Revelation ditaja oleh Pizza Hut, Uberman, CamWorld dan DC Shoes. Selain Warner Music, FlyFm juga turut menjadi organisai yang bekerjasama menjayakan festival tersebut.

Berikut merupakan pertandingan sempena Youth Revelation yang akan berlangsung di Maju Junction Mall.

13 Oktober 2012 - Aerosol Warzone (Pertandingan Lukisan Graffiti)

20 Oktober 2012 - BMX RAMPage (Pertandingan berbasikal BMX)

27 Oktober 2012 - Battle B (Pertandingan tarian Breakdance)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan