Nuffnang

Rabu, 17 Oktober 2012

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


Foto : Ah Manjanya <b>Neelofa</b>… | OHBULAN!

Posted: 15 Oct 2012 11:36 PM PDT

Alahai, manja betul aktres jelita ini, Neelofa yang bergambar sambil berpaut pada lengan sasa seorang lelaki yang tidak dikenali. Kami cuba intai-intai siapakah gerangan lelaki tersebut. Kalau ditilik bentuk wajah serta tubuh badan lelaki itu, kemungkinan besar dia adalah seorang aktor yang cukup dikenali, Hans Isaac.

Tak salah sekiranya kami katakan begitu. Lagi pun, spekulasi ini dikuatkan lagi dengan laporan media semalam dimana Hans Isaac meluahkan isi hatinya yang serius berkawan dengan pelakon berusia 23 tahun itu. Tak pasti pula apakah definisi serius yang dia nyatakan. Mana tahu, mereka sentiasa bertukar pandangan serius seperti lokasi-lokasi AES untuk elakkan saman.

Mengimbas kembali, hubungan kedua-dua aktor dan pelakon ini mula diperkatakan apabila ada pihak yang nampak mereka keluar bersama di The Curve sekitar tahun lalu. Bagaimana pun, Neelofa pernah menjelaskan bahawa penjumpaan itu berkaitan dengan penglibatannya dalam filem terbaru arahan Hans Isaac berjudul, Lemak Kampung Santan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan