Nuffnang

Rabu, 31 Oktober 2012

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


Kekasih baru <b>Nora Danish</b>? - UtaraNews - The News Portal

Posted: 19 Oct 2012 12:18 PM PDT

SEJAK memegang status janda setelah bercerai dengan Rizal Ashram Ramli pada tahun 2008, pelakon cantik, Nora Danish sudah berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menempuh kehidupan seharian. Sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa lelaki termasuk penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat, aktres kacukan Myanmar-Melayu itu pernah berhadapan dugaan paling besar apabila didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga aktor Adi Putra yang juga heronya dalam filem Aku Terima Nikahnya.

 Bagaimanapun, apa yang lebih mengelirukan, Nora sering memberi kenyataan yang berbeza sewaktu memberi jawapan tentang kekasih hati baharu. Sebelum ini, dia pernah membuat kenyataan sedang mengenali seseorang, rapat dengan ahli perniagaan dan mengaku ada kekasih, tetapi selepas semua kenyataan tersebut keluar, Nora sering menafikan hal tersebut. Dia sebaliknya menuding jari dengan mengatakan pihak media kerap membuat andaian kurang benar terhadap kenyataan yang diberikannya.

 Ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Aku Terima Nikahnya di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, ibu kepada seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli, 4, itu bertindak memberikan jawapan terhadap status dirinya yang sebenar. Ia sekali lagi jauh menyimpang daripada jawapan tentang dirinya telah dimiliki seperti yang dilaporkan beberapa minggu lalu.

Media:Sebelum ini Nora ada menyatakan sedang mengenali hati budi seseorang. Namun, Nora pernah juga membuat kenyataan tidak memiliki kekasih. Kemudian baru-baru ini Nora menyatakan sedang rapat dengan seorang ahli perniagaan pula. Boleh jelaskan yang mana satu betul?

 NORA: Secara jujurnya saya memang sangat terkejut apabila dikatakan rapat dengan ahli perniagaan, sedangkan saya tidak pernah membuat kenyataan sedemikian sewaktu ditemu bual sebuah akhbar dua minggu lalu. Dalam temu bual tersebut, saya memberitahu buat masa sekarang saya memang berkawan dengan ramai lelaki, namun tidak terfikir untuk memilih salah seorang daripadanya untuk menjadi teman hidup saya. Jadi, bagaimana boleh timbul kenyataan sedemikian? Semasa saya memberi penjelasan yang sebenar ketika rakan-rakan wartawan bertanyakan soalan yang menyentuh tentang kehidupan peribadi terutamanya berkenaan teman istimewa, mungkin ada yang memberi interpretasi atau tafsiran berbeza terhadap kenyataan saya itu.

 Misalnya, apabila saya menyatakan berkawan dengan ramai lelaki, tetapi tidak mustahil salah seorang daripadanya serasi dengan saya. Tiba-tiba saya dikatakan sudah rapat dengan seseorang, sedangkan pada hakikatnya tiada sebarang hubungan istimewa yang wujud. Setelah empat tahun bergelar ibu tunggal, adakah Nora sudah bersedia menamatkan zaman janda? Memang saya akui sekarang mempunyai ramai kawan lelaki, namun tiada langsung perancangan untuk berkahwin dan saya selesa dengan keadaan sekarang. Buat masa ini saya mahu lebih fokus kepada kerjaya dan membesarkan Rayqal.

(8 GAMBAR)<b>Nora Danish</b> Di Sidang Media Anugerah Skrin 2012 |

Posted: 18 Oct 2012 07:42 PM PDT

Ramai betul yang mahukan lebih banyak gambar si comel Nora Danish ketika menghadiri sidang media Anugerah Skrin 2012. Mentang-mentanglah Nora Danish nampak macam "Snow White" dengan dress serba putihnya. Pasti peminat Nora Danish suka tak ingat.

nora danish

Diharap pada malam Anugerah Skrin 2012 yang akan berlangsung pada 9 November kelak, Nora Danish akan tampil menyerupai Tinkerbell daripada Peter Pan pulak. Pasti lebih super duper cute. Confirm akan menang best dress punya. Tak gitu?

P.S: Wajah-wajah ketakutan nampak hantu. Serius takut gila kot.

nora danish

6 lagi gambar Nora Danish di Sidang Media Anugerah Skrin 2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada BuahMulut.

nora danish
nora danish
nora danish
nora danish
nora danish
nora danish

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan