Nuffnang

Sabtu, 20 Oktober 2012

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


<b>Shila Amzah</b> Berjanji Kerja Lebih Keras | OHBULAN!

Posted: 16 Oct 2012 12:02 AM PDT

Semalam telah berlangsung majlis tertutup bagi meraikan kejayaan Shila Amzah menerusi kejuaraannya sewaktu mengikuti pertandingan nyanyian realiti TV "Asian Wave" di China pada bulan September lalu.

Majlis gilang-gemilang ini telah dianjurakan oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC). Turut sama menjayakan majlis tersebut adalah Hai-O Enterprise Berhad dan saluran ntv7 serta 8TV.

Menurut penyanyi yang memiliki vokal mantap ini, dia merasa amat bertuah kerana menjadi kebanggan Malaysia menerusi pencapaiannya di pertandingan 'Asian Wave' baru-baru ini. Berbekalkan peluang yang diberikan olehnya, Shila telah merakamkan ucapan terima kasih kepada Mr. Ong, iaitu selaku individu yang telah mencungkil bakatnya dalam bidang nyanyian sejak tahun 2008.

"Saya rasa amat bertuah kerana dapat menjadi kebanggaan Malaysia melalui pencapaian saya di pertandingan Asian Wave pertama yang berlangsung di China. Ia merupakan impian yang menjadi kenyataan dan saya amat bersyukur kerana tidak berputus asa dalam bidang nyanyian selama ini," kata Shila.

"Saya ingin berterima kasih kepada Mr. Ong yang telah melihat bakat saya sejak tahun 2008 dan terus menerus memberikan peluang dan kepercayaan terhadap saya. Saya juga bersyukur kepada mereka yang sentiasa di sisi saya terutama kepada ibu bapa saya dan seluruh rakyat Malaysia. Sokongan anda akan terus memberi inpirasi kepada saya untuk melakukan yang lebih baik dalam projek-projek akan datang," tambah Shila.

Sejak menyandang gelaran juara 'Asian Wave 2012′ tempoh hari, populariti Shila telah meningkat naik dan bakatnya mula mendapat perhatian pelbagai pihak.

Penyanyi  yang pernah menyertai One In A Million musim kedua lalu turut menyatakan hasrat untuk bekerja lebih keras selepas ini dan mengambil peluang yang ada untuk mengembangkan lagi kariernya sehingga ke tahap yang lebih tinggi.

"Saya akan bekerja lebih keras lagi dan mengambil peluang ini untuk mengembangkan lagi kerjaya saya dan berharap suatu hari nanti menjadi artis paling popular Asia."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan