Nuffnang

Jumaat, 5 Oktober 2012

Stacy af - Google Blog Search

Stacy af - Google Blog Search


Kisah Hubungan Syamsul Yusof dan <b>Stacy AF</b>

Posted: 11 Mar 2010 06:00 PM PST

Kalau tiada angin, masakan pokok akan bergoyang. Cerita yang mengatakan pelakon dan pengarah muda, Syamsul Yusof anak kepada Datuk Yusof Haslam, mempunyai hubungan dengan penyanyi kelahiran Sabah yang lincah, Stacy bukanlah sekadar khabar angin semata-mata, malah ianya benar. Biarpun anak kepada pengarah terkenal Yusof Haslam ini berhati-hati apabila berbicara tentang kisah cintanya namun dia tidak menafikan hubungan yang pernah terjalin antara mereka selepas Anugerah Bintang Popular tahun lepas.

"Saya akui kami pernah rapat dahulu namun perkara ini sudah lama. Kami intim sejak ABP tahun lepas lagi. Tapi kini kami sudah tidak serapat dahulu, saya pun tidak tahu kenapa," ujarnya.

Syamsul juga selesa berkawan dengan Stacy kerana gadis itu tidak terlalu cerewet dan sentiasa bersederhana.

"Pada mulanya saya lamar dia untuk menyanyi dalam soundtrack KL Drift, tapi tak jadi sebab ada masalah teknikal. Tapi kami tidak bercinta hanya kawan rapat sahaja. Sekarang masing-masing sudah sibuk dengan kerja masing-masing. Lagi pula dia sudah berpindah rumah," katanya yang kini sibuk dengan filem terbarunya Evolusi KL Drift 2. -mStar

-Komen anda itu adalah TANGGUNGJAWAB ANDA. tq.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan