Nuffnang

Khamis, 15 November 2012

aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


Zee Avi Ingin Bekerjasama Dengan <b>Aizat Amdan</b> | MyNewsHub

Posted: 09 Nov 2012 06:44 PM PST

PETALING JAYA – Penyanyi bertaraf antarabangsa, Zee Avi merancang untuk menghasilkan sebuah album sepenuhnya dalam bahasa Melayu khas untuk para peminatnya di Malaysia.

Zee atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, 25, berkata, hasrat itu telah lama dipendam namun kesibukan mempromosikan album di Amerika Syarikat telah membantutkan perancangan itu.

"Saya memang teringin menghasilkan sebuah album Melayu malah perancangan itu ada dan InsyaAllah suatu hari nanti ia akan menjadi kenyataan," ujarnya kepada mStar Online.

Zee mula mendapat perhatian apabila memuat naik video nyanyiannya di laman Youtube dan mula mendapat perhatian daripada peminat dan bakatnya dikesan oleh penyanyi Jack Johnson dan mengambilnya untuk bernaung dibawah label Brushfire Records & Ian Montone's di Amerika Syarikat.

Popular dengan lagu Kantoi, album pertama Zee di Amerika berjaya menduduki tempat kedua dalam carta Billboard Heatseekers pada 2010 manakala album keduanya Ghost Bird berjaya mendapat menduduki tangga pertama carta sama.

Dalam pada itu, Zee berkata, dia ingin bekerjasama dengan Aizat Amdan untuk album Melayu itu nanti kerana sukakan hasil kerja penyanyi dan komposer muda itu.

Malah kata Zee, walaupun berada jauh di luar negara dia sentiasa mengikuti perkembangan muzik tempatan yang sentiasa dekat dihatinya.

"Saya sangat meminati Aizat dan hasil kerjanya sangat mengagumkan malah saya ada memberitahunya untuk bekerjasama untuk album itu nanti.

"Saya membayangkan album itu nanti mempunyai elemen muzik klasik seperti lagu-lagu nyanyian R. Azmi dan artis-artis pada era itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zee berkata dia akan berada di Kuching, Sarawak untuk menghadiri Konvensyen Belia Kebangsaan pada November ini bagi memberi ceramah motivasi kepada remaja mengenai kejayaannya di luar negara. - mStar Online

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan