Nuffnang

Khamis, 29 November 2012

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


<b>Awi Rafael</b> Seronok Bersama Peminat Di Legoland - Gua.com.my

Posted: 27 Nov 2012 08:00 AM PST

Pada 25 November 2012 yang lalu seramai 20 orang peminat bertuah telah berpeluang bercuti bersama-sama artis pujaan mereka, Awi Rafael di Legoland Nusajaya Johor Bahru. Mereka yang terpilih telah telah berjaya memenangi sepasang tiket ke Legoland bersama dengan Awi Rafael.

Pertandingan ini telah dianjurkan hasil kerjasama pihak Warner Music Malaysia bersama beberapa pihak media. Media terlibat yang merangkumi majalah, portal, blog, program TV dan stesen radio adalah GUA.COM, OH BULAN!, BUDIEY.COM, BEAUTIFULNARA, MEDIA HIBURAN, SURIA.FM, HOT.FM, ERA.FM dan MYTV3.

Buat pengetahuan anda semua, setiap penyertaan memerlukan peserta untuk 'like' laman Facebook rasmi Warner Music Malaysia, dan menjawab dua soalan mudah berkaitan dengan klip video "Asalkan Aku Ok!". Pemenang bertuah yang terpilih daripada setiap media telah memenangi sepasang tiket untuk menyertai trip ke Legoland bersama Awi Rafael.

Dikesempatan itu juga, GUA sempat bertanyakan perasaan yang dialami Awi Rafael bersama peminat bercuti ke Legoland dan ini jawabnya:

"Alhamdulillah Awi rasa sangat seronok dan happy bersama-sama dengan peminat-peminat Awi ke Legoland dn pastinya trip ini meninggalkan seribu kenangan buat Awi dan peminat-peminat. Awi harap lepas ini ada lagi trip bersama peminat seperti ini di lokasi yang lain pula,"ujar Awi kepada GUA ketika berada di Legoland.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan