Nuffnang

Rabu, 28 November 2012

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


"Kolumpo" Filem Baru Arahan <b>Bront Palarae</b> - PjO putrajaya-online

Posted: 28 Nov 2012 08:00 AM PST


AKTOR popular yang pernah menimbulkan kontroversi dalam filem "Jiwa Taiko", Bront Palarae kini melangkah setapak ke hadapan dalam industri perfileman tempatan dengan bergelar pengarah.

Impian untuk bergelar pengarah merupakan hasrat aktor berketurunan Siam – Melayu ini.

"Kolumpo" merupakan filem pertama arahan Bront bersama-sama dua lagi pengarah iaitu Sheikh Munasar dan Rozi Izma Abdul Karim yang dijangka ditayangkan pada tahun 2013.

Filem ini berkisarkan harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur dalam tiga situasi atau jalan cerita berbeza.

"Kolumpo" yang diterbitkan oleh OTTO Films ini dibintangi oleh Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Soffi Jikan, Mano Maniam, Sabri Yunos, Nell Ng, Amerul Affendi, Along Eyzendy dan ramai lagi.

Penyanyi yang kini semakin menempa nama di peringkat antarabangsa, Yuna turut berkolaborasi dengan bekas kekasihnya, Qi Razali dalam menghasilkan lagu runut pertama untuk filem arahan Bront ini.

Lagu berjudul "KL Kita" sudah pun disiarkan di laman YouTube beberapa hari yang lalu. Sementara itu, Bront bakal muncul dengan filem terbarunya, "Lagenda Budak Setan 2: Katerina" yang diterajui oleh Farid Kamil dan Maya Karin pada 29 November akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan