Nuffnang

Selasa, 13 November 2012

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


<b>Fizo Omar</b> Membeli Sakan, Dapat Tajaan Urut Badan di Bangkok

Posted: 13 Nov 2012 08:42 AM PST

Fizo merasai kaedah urutan aromaterapi di hotel Sofitel So yang bertaraf lima bintang. Foto dipetik dari mStar online.Fizo merasai kaedah urutan aromaterapi di hotel Sofitel So yang bertaraf lima bintang. Foto dipetik dari mStar online.

Menghampiri penghujung tahun, pasti ramai yang merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga. Anda bagaimana? Ada merancang nak bercuti ke mana-mana? Sepertimana pelakon kacak, Fizo Omar berpeluang menyertai percutian bersama media tajaan AirAsia selama empat hari di Bangkok, Thailand bermula Jumaat lalu.

Memetik kenyataan di mStar online, kesempatan kali kedua menjejakkan kaki di ibu kota, pelakon drama Julia ini berhabis ribuan ringgit untuk membeli pakaian yang bakal digunakan bagi tujuan sesi fotografi dan juga penggambaran drama serta filem yang akan dibintanginya, kelak.

Kata Fizo, sepanjang empat hari berada di Bangkok, dia telah membeli berpuluh-puluh helai pakaian yang dijual secara pukal di pusat belai belah Platinum Mall di sana.

Katanya, keistimewaan Bangkok kerana ia merupakan destinasi pilihan tepat bagi mereka yang benar-benar suka berfesyen kerana terdapat banyak koleksi terkini pakaian yang dijual dengan harga yang murah. Ada baju T yang dibelinya semurah harga RM30 sehelai serta kasut dengan corak menarik dengan harga RM150.

Foto dipetik dari mStar online.Foto dipetik dari mStar online.

Lebih menarik lagi pada percutian kali ini Fizo turut berpeluang menginap di hotel lima bintang iaitu Sofitel So yang turut menyediakan kemudahan kelas pertama yang harganya kira-kira RM800 semalam.

Pihak hotel juga menaja Fizo untuk merasai pengalaman pakej urutan aromaterapi yang disediakan bagi menghilangkan stres kerana bekerja.

"Terus terang saya katakan, fikiran saya menjadi lebih relaks dan segala stres bekerja dapat dikurangkan selepas melalui urutan aromaterapi oleh tukang urut terlatih yang disediakan oleh pihak hotel kepada saya," katanya kepada laman portal tersebut.

- http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/11/14/mstar_hiburan/20121113174230&sec=mstar_hiburan

- mD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan