Nuffnang

Khamis, 29 November 2012

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


Lawak &#39;Kemaluan&#39;, Apa Komen <b>Fouziah Gous</b>? | MyNewsHub

Posted: 11 Nov 2012 11:50 PM PST

Bagi mereka yang menonton malam Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, malam Jumaat lalu, sudah pasti anda mengetahui mengenai kata-kata Zizan Razak kepada pelakon cantik, Fouziah Gous ketika mereka berada di atas pentas bagi menyampaikan trofi Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik Drama.

Kata-kata Zizan iaitu , "Makhluk apakah ini, muka cantik tapi tiada kemaluan" sesungguhnya mengejutkan rata-rata tetamu yang hadir pada malam itu memandangkan perkataan kemaluan adalah satu perkataan yang agak sensitif untuk digunakan.

Mungkin Zizan selaku seorang pelawak menganggap ia sebagai satu gurauan namun tidak bagi penonton yang mendengarnya dan menganggap ia sebagai satu gurauan yang agak kasar dan tidak patut diungkapkan apatah lagi pada majlis penganugerahan berprestij.

Apa pula komen empunya badan, Fouziah Gous mengenai isu ini? GUA berkesempatan bertemu dengan pelakon drama bersiri, 'Julia' ini ketika di majlis Post Party yang diadakan sejurus selesai majlis dan ini jawapannya.

"Saya tak nak ambil perkara ini terlalu mendalam sangat. Mungkin dia hanya melawak saja. Bagi saya, jika serius sangat pun, takut nanti orang akan bosan. Sewaktu dia cakap begitu pun, saya tak terkejut sangat dan menganggap ia sebagai satu jenaka saja," ujarnya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu ini. - GUA.COM.MY

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan