Nuffnang

Khamis, 29 November 2012

kumpulan Estranged - Google Blog Search

kumpulan Estranged - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Nov 2012 01:30 AM PST


KONSERT MANIA MINGGU K-7: 2 <b>KUMPULAN</b>, <b>ESTRANGED</b> DAN <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2012 01:15 PM PDT

Nak Sihat, Nak Kurus??Cuba tengok kat sini
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Nasib malang yang sama menimpa dua kumpulan rock dari Galaksi Mania iaitu Kristal dan Estranged apabila kedua-dua mereka disingkirkan di Konsert Mania minggu ke 7.

Keputusan ini menyaksikan kesemua 9 peserta yang tinggal adalah peserta yang bergerak solo dalam Galaksi Mania.

Kristal adalah bintang yang berada di bawah empayar muzik merah milik Datuk M.Nasir manakala Ahmad Dhani kehilangan bintang ketiga di bawah empayar hijaunya dengan pemergian Estranged.

Kristal menyampaikan lagu Kesal bersama pasangan duet mereka iaitu ratu rock Ella manakala Estranged menyampaikan lagu Sudah bersama isteri vokalisnya, Velvet.

Minggu ini menampilkan kelainan dalam Mania apabila setiap peserta akan berduet dengan bintang pilihan mereka untuk membuat persembahan.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Seramai 11 peserta Mania telah membuat persembahan pada malam ini bersama pasangan duet masing-masing dan selain Kristal dan Estranged yang tersingkir, mereka yang lain ialah Shila Amzah bersama Noraniza Idris yang menyanyikan lagu Hati Kama, Stacy & Cliff Umar (Total Eclipse of The Heart), Aril & Zahid (Ghazal Untuk Rabiah), Alyah & Nora (Di Persimpangan Dilema), Hazama & Azlan (Suatu Masa), Jaclyn Victor & Maman (Warisan Wanita Terakhir & Pelesit Kota), Hafiz & Maya Karin (Ombak Rindu), Adira & Shahir (Ku Pinang Kau Dengan Bismillah) serta Ebi & Salma (Kasih Tak Sampai).

Konsert ini nyata menarik perhatian terutama dengan kejutan tentang siapakah bintang pilihan peserta Mania ini untuk berduet dengan mereka.

Artis undangan konsert Mania untuk mingu ini ialah Ramlah Ram dan Altimet yang menyampaikan lagu Sesaat Kau Datang.

Teruskan mengundi bintang Mania pilihan anda dengan menaip Mania dan hantarkan ke 32888.

Konsert Mania minggu ini telah bersiaran dari Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam dan turut dipancarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) serta saluran 188 untuk saluran berdefinasi tinggi.

Pemain Dram <b>kumpulan Estranged</b> diugut bunuh | Berita Hiburan <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2012 10:04 PM PDT

Pemain dram kumpulan Estranged yang popular dengan lagu Aurora iaitu Andy atau nama sebenarnya Azwin Andy Malik, 28, telah diikat oleh perompak dan diugut bunuh sekiranya dia atau keluarganya cuba melawan. Kejadian berlaku pada Ahad lalu, jam 3.45 pagi semasa Andy baru sahaja pulang ke rumahnya di Kota Damansara.

"Mereka muncul dengan membawa wayar, batang besi dan kayu. Malang sekali abang saya (Azlan Rudy) dipukul teruk sehingga meninggalkan kesan lebam pada badannya ketika cuba melawan. Saya beritahu mereka untuk ambil apa sahaja barang yang diinginkan dan jangan mencederakan kami sekeluarga."

Ketika Andy sampai di rumahnya, dia sedar pintu utama rumahnya tidak ditutup. Disangkakan neneknya datang ke rumah, dia terus ke tingkat atas.

"Pada mulanya, saya sangka nenek saya datang ke rumah dan berborak bersama ahli keluarga yang lain apabila mendengar bunyi orang sedang bercakap. Ketika mahu naik ke tangga, terdapat dua lelaki memakai baju hitam turun dan masa itu saya tidak dapat berbuat apa-apa. Habis semua barang-barang berharga diambil. Mereka juga bertanya sama ada kami menyimpan peti besi atau tidak? Mujurlah perompak tersebut memenuhi permintaan saya supaya memulangkan kad pengenalan dan kad kredit."

Antara barang-barang yang dirompak ialah sebuah komputer riba, iPad, sejumlah wang tunai, barangan kemas serta beberapa barang lain. Sejurus selepas kejadian tersebut, mereka sekeluarga membuat laporan polis. Takziah kepada keluarga Andy. Alhamdulillah tiada nyawa terkorban walaupun abang Andy teruk dipukul.

p/s <Trend perompak sekarang cari artis>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan