Nuffnang

Khamis, 1 November 2012

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search


Munsyeed{Dot}Com 2012 » Adeep <b>Fabulous Cats</b> Sertai Almawlid

Posted: 31 Oct 2012 09:37 AM PDT

Adeep Nahar (kanan sekali) sewaktu menyertai The Fabulous Cats

Adeep Nahar, bekas anggota kumpulan The Fabulous Cats telah menyertai kumpulan Almawlid pada pertengahan Ogos 2012. Penyertaan Adeep dan Ustaz Kyrel Al-Gayauwi di dalam kumpulan Almawlid kini melengkapkan kumpulan tersebut dengan 7 orang ahli kesemuanya.

Ketika ditemui di Majlis Sidang Media Pelancaran Album Almawlid, Adeep Nahar menjelaskan penyertaan beliau dalam kumpulan Almawlid merupakan satu takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT.

Almawlid

Memulakan karier seni sebagai ahli kumpulan The Fabulous Cats, Adeep memilih untuk keluar dari kumpulan tersebut bagi mendalami ilmu agama dan menjalankan dakwah. Setelah beberapa lama mengikuti kelas pengajian agama Majlis Ta'lim Darul Murtadza yang dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, akhirnya Adeep dilamar oleh Almawlid untuk menyertai mereka.

"Kami lihat Adeep bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama dan mengikuti kelas pengajian. Setelah sekian lama kami melihat perkembangan Adeep, akhirnya kami sepakat mempelawa Adeep untuk menyertai kami." jelas Amer Munawer, selaku ketua kumpulan Almawlid.

"Muka Adeep dan Ustaz Kyrel tiada dalam gambar album Almawlid kerana Adeep dan Ustaz Kyrel sertai Almawlid setelah album diterbitkan. Walaubagaimanapun, suara mereka berdua ada dirakamkan dalam album ini sebagai suara harmoni." tambah Pot Amir.

Adeep Nahar

Syabas diucapkan kepada Adeep Nahar dan Ustaz Kyrel kerana telah terpilih untuk mengukuhkan saf di dalam Almawlid. Semoga Almawlid terus maju dan aktif menyemai rasa cinta akan Rasulullah kepada umat Islam baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

-Munsyeed{Dot}Com

Tentang Penulis

Munsyeed Admin menulis 17 artikel dalam blog ini.

Munsyeed Admin bertanggungjawab mengawal selia website Munsyeed{Dot}Com untuk sentiasa beroperasi dalam keadaan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan