Nuffnang

Sabtu, 17 November 2012

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Nov 2012 07:16 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Oct 2012 07:35 PM PDT


Jac Bakal Duet Dengan Grup Popular Dari Philadelphia, USA, Az Yet?

Posted: 30 Oct 2012 09:58 PM PDT

..

Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor atau Jac kini khabarnya sedang sibuk dengan rakaman album terbaru beliau.

Bertemu beliau baru-baru ini, Jac memberitahu setakat ini sudah lima lagu yang telah siap dirakam. Hanya tinggal satu lagu saja yang akan dirakam, tidak lama lagi. Jadi keseluruhannya, enam lagu untuk buah tangannya kepada peminat, kali ini. Kalau tidak ada aral melintang pukang, album Jac akan berada di pasaran pada Disember ini atau awal Januari tahun depan.

Apa yang menarik, dengar-dengarnya lagu yang satu itu adalah sebuah lagu Inggeris.

Dan yang lebih istimewa, menurut sumber, lagu Inggeris itu nanti akan mengabadikan kolaborasi Jac bersama kumpulan R&B popular dari Philadelphia, Amerika Syarikat, Az Yet.

Ingat lagi dengan kumpulan ini? Err, anda kurang pasti siapa mereka? Atau... okay, ini respon 'nakal' dari seorang teman kami bila ditanyakan kepadanya tentang kumpulan ini. Kata teman kami, "kenal! Tapi hidup lagi ker kumpulan tu?

Berdasar satu laman info di internet, kumpulan ini masih lagi aktif! Sikit mengenai mereka-Az Yet, terdiri daripada lima anngota. Mula dikenali sejak era lewat 90-an dan mereka cukup popular dengan lagu Last Night juga sebuah lagu cover, Hard To Say I'm Sorry.

Berbalik kepada cerita Jac, ketika MD bertanyakan padanya sejauh mana kebenaran khabar tersebut, Jac berkata, setakat ini dia tidak boleh memberi apa-apa jawapan kerana dia sendiri belum dimaklumkan apa-apa oleh syarikat rakamannya, Kru Music.

Tapi apa yang mengukuhkan lagi spekualsi ini adalah, MD juga mendapat tahu yang semalam, Pengarah Urusan KRU iaitu Norman Abdul Halim telah berangkat ke Los Angeles (LA), untuk berjumpa dan berbincang dengan kumpulan itu. 

Menerusi akaun rasmi Twitter Norman, beliau ada menulis yang beliau akan ke LA untuk berjumpa dengan kumpulan Az Yet. Mungkin juga ada kaitan dengan projek lagu Jac itu. Boleh jadi.

..

..

Pun begitu, tidak di dedahkan pula apakah judul lagu tersebut. Tapi yang pasti, satu lagi desas-desus yang MD dengar, lagu itu akan dipilih sebagai lagu runut bunyi (OST) filem terbaru terbitan Kru Studios, Rebbit. Merupakan sebuah filem animasi 3D pertama Malaysia. Wah!

Apapun, kita tunggu sajalah perkhabaran daripada bos besar KRU itu nanti. Semoga Norman akan membawa pulang satu berita baik untuk Jac, peminat Jac dan kita semua!

-mD

Jaclyn Victor Bakal Berduet Dengan Kumpulan Popular Dari Philadelphia, USA, Az Yet?

Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor atau Jac kini khabarnya sedang sibuk dengan

rakaman album terbaru beliau.

Bertemu beliau baru-baru ini, Jac memberitahu setakat ini sudah lima lagu yang telah

siap dirakam. Hanya tinggal satu lagu saja yang akan dirakam, tidak lama lagi. Jadi

keseluruhannya, enam lagu untuk buah tangannya kepada peminat, kali ini. Kalau tidak ada aral melintang pukang, album Jac akan berada di pasaran pada Disember ini atau awal Januari tahun depan.

Apa yang menarik, dengar-dengarnya lagu yang satu itu adalah sebuah lagu Inggeris.

Dan yang lebih istimewa, menurut sumber, lagu Inggeris itu nanti akan

mengabadikan kolaborasi Jac bersama kumpulan R&B popular dari Philadelphia, Amerika

Syarikat, Az Yet.

Ingat lagi dengan kumpulan ini? Err, anda kurang pasti siapa mereka? Atau... okay, ini

respon 'nakal' dari seorang teman kami bila ditanyakan kepadanya tentang kumpulan ini.

Kata teman kami, "kenal! Tapi hidup lagi ker kumpulan tu?

Berdasar satu laman info di internet, kumpulan ini masih lagi aktif. Sikit mengenai mereka-Az Yet, terdiri daripada lima anngota. Mula dikenali sejak era lewat 90-an dan mereka cukup popular dengan lagu Last Night juga sebuah lagu cover, Hard To Say I'm Sorry.

Namun ketika MD bertanyakan pada Jac sejauh mana kebenaran khabar tersebut, Jac berkata,

setakat ini dia tidak boleh memberi apa-apa jawapan kerana dia sendiri belum dimaklumkan

apa-apa oleh syarikat rakamannya, Kru Music.

Tapi apa yang mengukuhkan lagi spekualsi ni adalah, MD juga mendapat tahu yang Pengarah

Urusan KRU iaitu Norman Abdul Halim telah berangkat ke Los Angeles (LA), semalam untuk

berjumpa dan berbincang dengan kumpulan itu.

Menerusi akaun rasmi Twitter Norman, beliau ada menulis yang beliau akan ke LA untuk

berjumpa dengan kumpulan Az Yet. Mungkin juga ada kaitan dengan projek lagu Jac itu. Boleh jadi.

Pun begitu, tidak di dedahkan pula apakah judul lagu tersebut. Tapi yang pasti, satu lagi desas-desus yang MD dengar, lagu itu akan dipilih sebagai lagu runut bunyi (OST) filem terbaru terbitan Kru Studios, 'Rebbit'. Merupakan sebuah filem animasi 3D pertama Malaysia. Wah!

Apapun, kita tunggu sajalah perkhabaran daripada bos besar KRU itu nanti. Semoga Norman akan membawa pulang satu berita baik untuk Jac, peminat Jac dan kita semua!

-mD

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2012 07:42 PM PST


&#39;Hantu Kapcai&#39; Rampas Carta No #1 Box Office – <b>Norman KRU</b> <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2012 08:58 PM PDT

Bermula 27 September lalu, filem "Hantu Kapcai" telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Filem berunsurkan aksi komedi arahan Ghaz Abu Bakar ini telah berjaya menambat hati penonton sehingga mendapat kedudukan pertama bagi kutipan Box Office tertinggi minggu ini dan secara tidak langsung mengalahkan filem-filem Hollywood yang sedia ada.

Berikutan kejayaan filem tersebut, pihak OHBULAN! telah menghubungi Presiden Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim bagi mendapatkan kenyataan mengenai kejayaan terbesar filem naungannya.

Menurut Norman, terdapat beberapa formula yang membuatkan filem ini berjaya menambat hati penonton, antaranya adalah pemilihan barisan pelakon yang berbakat dan juga pemilihan jalan cerita yang berunsurkan sub budaya Mat Rempit yang dikatakan sangat dekat dengan kehidupan seharian penonton di Malaysia.

"Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang membuatkan filem ini berjaya. Yang pertama, pemilihan pelakon yang berbakat dan ditambah pula dengan nama-nama pelakon yang sedang meningkat naik seperti Neelofa, Izzu Islam, Hairulazreen dan juga Riz Amin."

"Faktor kedua adalah tema cerita ini yang berunsurkan sub budaya kumpulan Mat Rempit dan ditambah pula dengan elemen fantasi spiritual. Jadi, gabungan kedua-dua elemen ini membuatkan penonton suka dan mampu beri kesan yang mendalam kepada penonton itu sendiri," komen Norman mengenai kejayaan filem Hantu Kapcai.

Mengulas lebih lanjut mengenai kejayaan tersebut, Norman akui pemilihan pelakon juga penting untuk menaikkan penjualan tiket sesuatu filem. Oleh itu, Norman menyifatkan pelaburannya setahun lalu menerusi pemilihan pelakon-pelakon baru adalah suatu yang baik dan ia merupakan sambutan di luar jangkaan.

Memandangkan filem bergenre aksi komedi ini mendapat sambutan hangat di hati penonton, jadi timbul pula persoalan adakah selepas ini pihak Showbiz akan meneruskan strategi yang sama dan mengekalkan elemen yang sedia ada untuk kesemua filem naungannya?

Lantas Norman menjawab, "Pihak kami sememangnya mengasingkan filem-filem untuk KRU Studio dan Showbiz. Di mana, untuk KRU Studio filemnya lebih bersifat komersial dan mengandungi unsur primental seperti filem 'Magika' dan 'Merong Mahawangsa.' Kedua-dua filem tersebut memberi risiko kepada pihak KRU Studio sendiri."

"Manakala untuk Showbiz, filemnya lebih bersifat sederhana dan tidak terlalu serius. Seperti sebelum ini filem yang berjaya menambat hati penonton adalah filem 'Cicakman.' Jadi, kami akan terus menghasilkan filem bergenre aksi komedi begini dan kena lihat juga senario pasaran filem ketika itu," ulas Noman lagi.

Pada masa yang sama, Norman turut akui meskipun budget filem ini tidak terlalu tinggi, tapi impaknya kepada penonton sangat besar dan inilah yang KRU Studio mahukan.-sumber-www.ohbulan.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan