Nuffnang

Rabu, 21 November 2012

Memey Suhaiza - Google Blog Search

Memey Suhaiza - Google Blog Search


<b>Memey Suhaiza</b> Nafikan Norman Hakim Rujuk Abby Abadi - OhBulan

Posted: 06 Aug 2012 11:04 PM PDT

Ramai peminat gembira selepas mendengar berita baik mengenai keluarga Norman Hakim yang semakin bahagia. Minggu lepas, beberapa keping foto menunjukkan Memey Suhaiza & Norman Hakim berbuka puasa bersama Abby Abadi telah tersebar dan mereka sekeluarga turut mengaku bahawa Abby Abadi sudah boleh menerima mereka.

Namun begitu, timbul pula spekulasi mengatakan bahawa Norman Hakim ingin merujuk kembali Abby Abadi dan ini menimbulkan lagi persoalan kepada para peminat. Melalui temubual bersama Sinar Harian, Memey menafikan spekulasi yang sedang tersebar dan mengaku bahawa mereka hanya membincangkan perkara mengenai anak-anak sahaja jika berjumpa.

"Jika saya dan abang Norman berjumpa kak Abby, kami hanya membincangkan tentang hal anak-anak dan tidak pernah membincangkan isu rujuk yang digembar-gemburkan segelintir pihak sekarang ini."

Memey turut meluahkan rasa syukurnya terhadap perkara yang terjadi dan menganggap ini adalah berkat dari bulan Ramadhan.

"Saya bersyukur hubungan saya dan kak Abby kembali pulih. Alhamdulillah berkat bulan yang mulia ini kami dapat berkumpul sebagai satu keluarga demi kebaikan anak-anak kami."

Untuk pengetahuan, Memey Suhaiza kini sudah hamil 3 bulan. Tahniah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan