Nuffnang

Khamis, 8 November 2012

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


Linda Jasmine - <b>Que Haidar</b> Teruja Menanti Bulan Mei | Berita <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2012 09:49 PM PST

Sudah lama tidak mendengar kisah Que Haidar. Walaupun telah lama mendiamkan diri dari dunia hiburan tetpai peminatnya tetap mengingati dan mahu mengetahui perkembangannya. Kebetulan, tempohari kami terserempak dengan Linda Jasmine dan Que Haidar di Suria, Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Mereka kelihatan begitu mesra sedang gelak ketawa lagi bersama teman-teman mereka.

Tidak kelihatan pula dua anak yang lain, hanya mereka berdua. Wah! Perut Linda semkain berisi tetapi Linda tetap kelihatan manis dan cantik seperti biasa di samping suaminya yang kecil molek sahaja tubuhnya, pelakon terkenal dan berbakat Que Haidar. Qua pula kelihatan bertambah kacak dan gembira sekali dengan hilai tawanya bersama teman-temannya. Ternyata keputusan Que Haidar tidak mahu aktif dalam lakonan ternyata membawa kebahagian kepadanya. Debaran menunggu anak ketiga dari perkahwinan mereka (yang pertama Qalif anak lelaki hasil perkahwinan Linda yang dahulu), kedua anak perempuan mereka berdua Tengku Ratu Haidar, 2 tahun. Linda kini sedang sarat hamil enam bulan.

Linda,39 tahun berkata mereka tidak merancang lagi unutk menambah ahli keluarga selepas ini. Kata mereka mahu tumpukan dalam membersarkan anak-anak mereka pula.

"Rasanya ini adalah yang terakhir untuk saya mengandung. Tetapi jika Allah S.W.T. ingin memberikan rezeki saya tidak menolak. Saya dan Que sebelum ini memang berhasrat untuk menimang seorang lagi anak perempuan dan tidak sabar rasanya untuk menanti kehadiran cahaya mata baru kami itu."

Tidak sabar menerima kehadiran orang baru yang dijangkan lahir pada Mei 2012 ini dan dijangka seorang bayi perempuan. Que gembira apabila dikhabarkan akan menerima cahaya mata perempuan dan berharap bayi yang akan dilahirkan kelak sihat kerana mereka memang merancang mahukan seorang lagi anak perempuan.

Linda memberitahu untuk kandungannya kali ini, dia mengalami alahan yang teruk selain sering kepenatan apabila melakukan sesuatu. Linda bagaimanapun berkata, tidak mahu terlalu memanjakan diri dan tetap bergerak aktif dalam melakukan aktiviti hariannya.

"Walaupun cepat penat dan mengalami alahan saya tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk terus bergerak aktif dalam melakukan aktiviti harian."

Tahniah kami di Oh Artis ucapkan. Semuga semuanya selamat serta rumahtangga dan keluarga Linda dan Que sentiasa dirahmati Allah dan dilimpahi rezeki serta kebahagian yang berpanjangan.

OH ARTIS : RINDU LAKONAN QUE HAIDAR LAH! HUHU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan