Nuffnang

Jumaat, 2 November 2012

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


<b>Sazzy Falak</b> & Razif Hashim Jadi Pengacara Program OMG - Budiey

Posted: 26 Oct 2012 06:17 AM PDT

Pelakon dan selebriti popular, Sazzy Falak dan Razif Hashim bakal mengacarakan sebuah program temubual berjudul OMG.

OMG akan disiarkan di saluran DIVA Universal (Saluran 702) terbitan Astro. Program sejam ini akan mengupas tentang pelbagai tips, pandangan dan juga gossip serta hiburan untuk wanita muda.

Budiey kira, kedua-dua hos ini memang layak kerana dilatari pengalaman menjadi pengacara program terkenal sebelum ini. Razif Hashim berpengalaman luas semasa menjadi hos program Best In The World dan Sazzy Falak pula sudah mengacara berpuluh program termasuklah Beat TV.

Reebonz

Sazzy Falak

Razif Hashim Best In The World

Razif Hashim

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Peminat <b>Sazzy Falak</b> Bertambah Kerana Perniagaan &#39;Online&#39;

Posted: 31 Oct 2012 12:26 AM PDT

Pengacara dan pelakon Sazzy Falak tidak menyangka masih mempunyai kelompok peminalngat yang terdiri daripada pelbagai peringkat dan bukan hanya golongan "urban" atau penduduk bandar sahaja seperti yang dianggap sesetengah pihak.

Sazzy atau nama sebenarnya Sazlini Shamsul Falak, 31, berkata, walaupun kurang muncul di televisyen, dia beranggapan penambahan peminatnya mungkin berpunca daripada perniagaan fesyen secara dalam talian (online) iaitu Street Fashion by Sazzy Falak (SFbySF) yang dikendalikan

"Syukur Alhamdulillah, walaupun jarang mengambil tawaran berlakon atau mengacara di televisyen, tetapi orang masih lagi kenal saya.

"Mungkin juga kerana perniagaan SFbySF yang dijalankan, ia sedikit sebanyak membantu mengekalkan nama saya menjadi sebutan ramai," katanya.

Sazzy ditemui pada majlis pelancaran program televisyen OMG di Restoran The Bee, Publika, Petaling Jaya.

Tambah pelakon filem Tolong! Awek Aku Pontianak ini, dia sebenarnya rindu untuk beraksi menerusi lakonan drama, tetapi jangka masa penggambaran yang agak lama menyukarkannya menerima tawaran yang diberi.

"Sebenarnya saya sering mengacara untuk pelbagai majlis korporat serta perkahwinan dan biasanya khidmat saya sudah ditempah seawal satu bulan.

"Dan apabila ada beberapa produksi yang menawarkan saya berlakon dengan tempoh masa yang lama, saya terpaksa tolak," tuturnya.

Sementara itu, Sazzy bakal muncul di saluran DIVA Universal menerusi program OMG yang dikendalikannya bersama Razif Hashim.

Beritahu Sazzy, program bual bicara itu merupakan sebuah rancangan terbitan tempatan yang pertama disiarkan di saluran antarabangsa tersebut.

"Saya begitu teruja apabila dapat mengendalikan sebuah program yang akan ditayangkan di saluran antarabangsa.

"Tambah pula, teman saya sendiri, Razif mengacara bersama dan ia membuatkan kami serasi mengendalikan program tersebut," ujarnya.

Program itu mengupas topik terkini melibatkan kerja, keluarga, persahabatan dan perhubungan dengan memperkenalkan tiga segmen utama iaitu 'OMG Celebrity', 'OMG Miss Chilled' dan 'Oh My Gaji'.

Artis-artis jemputan seperti Lisa Surihani, Jaclyn Victor, Mizz Nina, Hannah Tan dan Deborah Henry turut mewarnai program tersebut.

OMG yang bersiaran sebanyak 13 episod itu akan bersiaran bermula 5 November ini, setiap Isnin, pukul 7.30 malam di saluran berkenaan.

- MSTAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan