Nuffnang

Khamis, 15 November 2012

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


<b>Shaheizy Sam</b> Pernah Buat Pilihan Yang Salah - Gua.com.my

Posted: 13 Nov 2012 09:48 AM PST

Memang tidak dapat dinafikan pelakon Shaheizy Sam mempunyai bakat yang besar dalam bidang lakonan sehingga mampu melakonkan pelbagai watak dari komedi hingga aksi. Namun, dia dikatakan tidak memilih untuk melakonkan sesuatu watak walaupun filem tersebut tidak berkualiti.

Namun bagi Sam, dia menerima sebarang tawaran yang datang kerana hanya lakonan mata pencariannya.

"Saya berlakon sebab nak cari duit. Mungkin nanti, bila saya dah ada mata pencarian lain, saya akan memilih watak dan skrip yang baik dan berkualiti", katanya.

Tambah Sam, dia pernah membuat pilihan yang salah dan tidak mahu perkara itu berulang lagi.

"Dulu bila Sam buat pilihan, Sam ingat itu yang terbaik tapi sebenarnya tidak. Bila Sam fikir skrip itu bagus, ia jadi tak bagus dan sebaliknya", tambah Sam.

Katanya lagi, filem yang bagus tidak bergantung pada pelakon itu semata-mata.

"Bukan pelakon yang tentukan filem itu bagus atau tidak. Ia bergantung kepada keseluruhan produksi", kata Sam.

Dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem bagi filem Songlap di Anugerah  Skrin 2012, baru-baru ini, kata Sam dia berkerja dan berlakon untuk penonton dan akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk memuaskan hati penonton.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan