Nuffnang

Selasa, 20 November 2012

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Kontroversi Tidak Melemahkan <b>Sharnaaz Ahmad</b> - Gua.com.my

Posted: 18 Nov 2012 08:57 PM PST

Pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu dia sedikit pun tidak berasa lemah apabila diterjah dengan kontroversi sehingga ada pihak yang mahu mengheretnya ke mahkamah. Jelas Sharnaaz, insiden terbaru yang dikaitkan dengan dirinya itu sebaliknya membuatkan dia lebih kuat untuk menghadapi cabaran sebagai anak seni.

"Sehingga kini rezeki saya dalam lakonan tidak pernah putus. Mereka yang pernah bekerja dengan saya sebelum ini pasti tahu sikap saya yang sebenarnya. Kontroversi ini tidak melemahkan saya, sebaliknya ia bagaikan vitamin untuk saya terus melangkah dalam dunia seni ini," ujar Sharnaaz.

Baru-baru ini, Sharnaaz Ahmad telah menerima notis saman daripada penerbit filem 'Darah Panas' iaitu S. Baldev ekoran insiden dikatakan meninggalkan lokasi penggambaran filem tersebut. Malah, dia turut didakwa menyerang Penolong Pengarah filem tersebut, Mohd Hafiz Mat Ishak dengan menolak dan mencekik leher individu itu kerana dikatakan berang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pakaian bagi kegunaan penggambaran.

Mengulas tentang kejadian itu, Sharnaaz yang ditemui baru-baru ini mengakui ada berlaku perselisihan faham di antaranya dan Hafiz. Namun enggan mendedahkan butiran lanjut kerana selepas menerima notis saman daripada Penerbit Filem tersebut pada 7 November lalu, dia telah menyerahkan kes itu kepada pihak peguam.

"Dia (Baldev) dah gunakan akhbar untuk lempar pelbagai dakwaan terhadap saya. Tetapi saya tidak pernah pun keluarkan sebarang kenyataan tentang dia dan saya tidak mahu berbuat begitu. Kalau boleh saya mahu perkara ini di selesaikan secara baik kerana saya sudah pun memohon maaf pada Hafiz pada hari kejadian.

"Tetapi tidak tahulah pihak di sana. Saya juga tidak faham kenapa perkara ini ditimbulkan sekarang kerana penggambaran filem itu telah pun selesai. Selama sebulan saya menjalani penggambaran dan hanya ada satu babak yang saya tidak lakukan. Itupun selepas berbincang dengan pihak produksi kerana saya ada hal yang tidak boleh dielakkan," jelas Sharnaaz yang meminta jangan mengaitkan Shila Amzah dalam kemelut terbarunya itu.

Ditanya sama ada dia akan meminta maaf kepada Baldev, Sharnaaz hanya menjawab ringkas, "Saya boleh minta maaf dengan dia tetapi saya perlukan 'sesuatu' daripada dia. Imej dan nama saya sudah tercalar!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan