Nuffnang

Isnin, 24 Disember 2012

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


Farid Kamil Mohon Maaf Pada <b>Diana Amir</b> - Gua.com.my

Posted: 15 Oct 2012 06:41 PM PDT

Baru saja mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Diana Danielle, aktor serta pengarah, Farid Kamil ketika ditemui pada majlis tayangan filem arahannya, Pe3, malam tadi, turut memberitahu kepada rakan media yang beliau memohon maaf kepada Diana.

Apa kesilapan yang dilakukan oleh anak kelahiran Alor Setar ini sehingga memohon maaf kepada Diana? Jangan salah faham atau terkejut kerana Diana yang dimaksudkan oleh jejaka berusia 31 tahun ini adalah pelakon, Diana Amir yang turut berlakon dalam filem terbarunya itu.

"Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Diana Amir kerana imej yang dipaparkan dalam filem ini sangat berbeza dengan penampilannya sekarang. Saya harap, dia boleh menerima perkara ini dengan terbuka memandangkan filem ini telahpun menjalani penggambaran sejak Mac tahun lalu."

Pada majlis tayangan media malam tadi, kelibat Diana Amir tidak kelihatan dan timbul tanda tanya mengenai alasan ketidakhadiran pelakon itu memandangkan beliau merupakan salah seorang teraju utama dalam filem terbitan MIG itu. Bagi menjawab isu ini, penerbit Metrowealth, David Teo tampil memberi penjelasan.

"Diana ada datang ke pejabat saya tadi (Isnin) meminta izin untuk tidak hadir ke majlis tayangan ini kerana mengakui beliau segan untuk melihat penampilannya dulu. Saya faham mengenai situasinya memandangkan beliau kini sudah pun tampil dengan imej berhijab.

"Mengenai poster Pe3 yang tidak mempunyai gambar beliau pula, bukan Diana yang minta untuk tidak meletakkan gambarnya. Namun, saya sendiri yang minta untuk mengeluarkan gambarnya kerana penampilannya yang tidak bertudung. Saya kena jaga hati dia kerana dia sudah berhijrah sekarang."

Ketika ditemui, David turut mengulas mengenai tindakan Farid Kamil yang membuat pengumuman tarikh perkahwinannya ketika majlis tayangan filem Pe3 di mana ia dianggap tidak sesuai dan berkemungkinan akan menenggelamkan filem ini memandangkan orang akan lebih memperkatakan tentang majlis perkahwinannya itu.

Tidak sedikitpun melatah, David memberitahu, "Saya tidak nampak dari sudut apabila Farid mengumumkan tarikh perkahwinannya, perbuatannya itu akan menenggelamkan filemnya sendiri. Pihak MIG sendiri telah melaburkan RM 450 ribu untuk tujuan pemasaran serta promosi filem. Dari segi komersial, kami sudah buat persediaan yang lebih awal dan tidak timbul isu filem ini akan tenggelam dengan berita perkahwinannya.

"Saya sudah kenal dia selama 9 tahun dan saya dah tahu cara dia memang macam itu sebab masa dia beritahu nak tunang hari itupun, dia beritahu ketika masa yang tidak sesuai iaitu pada majlis tayangan sebuah filem. Namun, tidak dinafikan saya memang terkejut dengan pengumumannya itu memandangkan saya sendiri diberitahu mengenai perkara ini beberapa minit sebelum majlis bermula.

"Saya tidak terkilan dengan perkara ini, malah saya rasa gembira kerana saya anggap, dia sudah matang dan sudah tiba waktunya dia mendirikan rumahtangga. Sebelum ini saya merancang nak buat satu kejutan untuk perkahwinan beliau, walau bagaimanapun, masa dah sangat suntuk untuk buat namun saya akan cuba merealisasikannya," ujar David yang enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai kejutan yang akan dibuat beliau.

Filem Pe3 dibintangi oleh Farid Kamil, Kamal Adli, Diana Amir, Along Eyzendy, Taiyuddin Bakar, Fyza Kadir dan Soya. Filem ketiga arahan Farid Kamil ini akan menemui penonton pada 18 Oktober 2012 di pawagam seluruh negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan