Nuffnang

Ahad, 23 Disember 2012

Mila Jirin - Google Blog Search

Mila Jirin - Google Blog Search


Lama Menghilang, <b>Mila Jirin</b> Jual Sate? ~ MEDIAPRIMATV GALERI

Posted: 18 Dec 2012 06:48 PM PST


Lama rasanya kita tidak mendengar khabra berita juara Akademi Fantasia (AF) musim ke lima ini. Ramai juga yang tertanya-tanya kemana perginya Mila Jirin. Namun biarpun cerita mengenai penyanyi Persis Mutiara ini sepi di dada akhbar mahupun kaca televisyen tapi dalam senyap-senyap rezeki Mila sebenarnya semakin berlipat kali ganda.
Sambil memenuhi undangan persembahan untuk majlis makan malam atau korporat, Mila rancak juga menguruskan syarikatnya, Luvmila Corporation Sdn Bhd (LCSB). Baru-baru ini syarikatnya diberi kepercayaan menguruskan karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2012. Karnival tersebut bakal berlangsung pada 21 hingga 23 Disember ini di stadium Kajang dan perkarangan stadium.

Memberitahu Utusan, pelakon filem Histeria ini berkata, kira-kira 100 acara menarik akan diadakan di sana sepanjang karnival itu nanti. Antaranya ialah aktiviti riadah berbasikal, acara masak bubur bersama rakyat, belon panas, pertandingan futsal, pertandingan autoshow, pesta buku dan maacam-macam lagi. Selain itu, ramai juga selebriti yang akan membuka gerai jualan di sana.

Jadi kepada para peminat Mila yang rindukan penyanyi ini, luangkanlah masa anda berkunjung ke karnival itu nanti. Siapa tahu, anda boleh jumpa dengan Mila di sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan