Nuffnang

Selasa, 18 Disember 2012

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


isu nafkah - <b>rita rudaini</b> saman aidil zafuan - MyArtis

Posted: 26 Nov 2012 07:51 AM PST


Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak telah di saman kerana didakwa gagal menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah semasa kepada isterinya, Rita Rudaini Mokhtar dan dua anaknya.

Difahamkan, surat saman tersebut telah dihantar ke alamat rumah Aidil di Seremban, Negeri Sembilan. Bagaimanapun, hingga berita ini ditulis, tiada sebarang maklum balas yang diberikan oleh pihak Aidil.


"Sebenarnya kami telah memfailkan saman sejak dua bulan lepas tetapi pihak kami tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Aidil. Justeru kami memohon penyampaian notis saman secara tampalan daripada pihak mahkamah.

"Ia merupakan saman gantian dimana pihak kami akan menampal notis saman di rumah Aidil di Seremban, tempat kerja Aidil iaitu di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Angkatan tentera Malaysia (ATM)," kata Peguam syarie Rita (plaintif), Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain.

Beliau berkata demikian selepas sebutan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor, hari ini (Isnin) tanpa kehadiran anak guamnya, Rita.

Sehubungan itu, Hakim syarie, Abdl Halim Abu Samah menetapkan 13 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan atas permohonan yang dibuat oleh pihak plaintif.

Terdahulu, Aidil, yang dihubungi media berkata, sehingga kini beliau tidak mendapat sebarang surat saman daripada isterinya sebagaimana yang diwar-warkan.

"Walau sesibuk mana sekalipun, saya tidak akan mengabaikan hal-hal berkaitan mahkamah dan jujur saya katakan, saya atau pihak keluarga tidak mendapat sebarang surat saman daripada Rita.

"Kalau ada, sudah semestinya saya akan memberi surat balas atau membawa perkara ini merujuk kepada peguam saya," ujarnya.

Untuk info, Rita, 35 dan Aidil, 25, bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah yang berpanjangan.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara, Selangor ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.

Malah baru-baru ini kes permohonan Aidil yang menuntut Rita agar kembali taat (nusyuz) ditolak oleh mahkamah rendah syariah yang sama. Sehubungan itu, Aidil telah diperintahkan untuk membayar segala kos mahkamah selepas permohonan Rita untuk membatalkan permohonan tersebut diterima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan