Nuffnang

Jumaat, 14 Disember 2012

Vanidah Imran - Google Blog Search

Vanidah Imran - Google Blog Search


Produk - Tupai - Portal Hiburan Terkini

Posted: 11 Dec 2012 12:04 AM PST

Lebih 20 tahun berkecimpung di dalam dunia hiburan, produk Ronasutra menjadi pilihan Vanidah Imran untuk menjadi duta.

 Vanidah yang tampil anggun bergaya ditemui di majlis pelancaran produk kecantikan terbaru Ronasutra iaitu 'Ronasutra 2-In-1 Mineral Foundation And Powder'. 

Vanidah yang ditemui, setelah mencari produk yang sesuai untuk kulit wajahnya yang sensitif, produk Ronasutra ini adalah satu-satunya produk yang diperakui keberkesanannya. 

"Produk yang saya gunakan sebelum ini ialah bedak 'compact'. Jadi, bila pakai bedak 'compact', ia memang tutup bahagian muka dengan bagus, tapi pori kulit kita akan tersumbat. "Macam 'mineral powder', ia tidak akan masuk ke dalam pori-pori," komen Vanidah terhadap produk ini. 

Bagi Vanidah, dia lebih suka memakai produk ini kerana ia menepati citarasanya sebagai orang Malaysia 

Selain daripada itu, Vanidah Imran yang masih cantik walaupun menghampiri ke usia 40-an turut memberitahu bahawa produk ini sesuai untuk masyarakat Malaysia yang beragama Islam. 

"Produk ini mementingkan kualiti dan boleh dibawa untuk sembahyang, disebabkan itu saya begitu selesa selepas menggunakan produk ini. Selain daripada itu, saya juga tahu bagaimana produk ini diproses dan menggunakan bahan apa."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan