Nuffnang

Isnin, 21 Januari 2013

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


<b>Aaron Aziz</b> di Fear Factor Selebriti Malaysia — Eyriqazz.com

Posted: 29 Dec 2012 09:40 PM PST

Fear Factor Selebriti Malaysia (FFSM) merupakan sebuah rancangan realiti terbaru hasil adaptasi daripada rancangan popular antarabangsa yang manguji daya ketahanan mental dan fizikal para pesertnya. Rancangan ini dihasilkan mengikut kesesuaian budaya masyarakat negara kita. Namun begitu, matlamat utamanya masih dikekalkan iaitu untuk menguji ketahanan fizikal dan mental melalui cabaran yang disediakan.

Aaron Aziz merupakan salah seorang selebriti yang terlibat untuk menjayakan rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia. Agaknya apa yang dapat Aaron Aziz kongsikan untuk kita semua yakni peminat dan juga sesiapa saja yang bakal menonton rancangan realiti ini ?

Fear Factor Aaron Aziz

Apakah ketakutan terbesar (biggest fear) Aaron Aziz ?

Setiap orang mempunyai ketakutan yang tersendiri dan mungkin juga berbeza-beza. Macam Miza, Miza takut dengan lipas terutama sekali lipas terbang dan geli dengan labah-labah. Bagi Aaron Aziz pula, dia adalah seorang yang gayat dan takut pada ketinggian.

Apakah cabaran yang terpaksa dilakukan sepanjang menyertai rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia (FFSM) ?

Walaupun Aaron Aziz diberi tanggungjawab sebagai hos rancangan, namun dia tidak terlepas daripada melakukan lima (5) cabaran untuk mempromosikan rancangan ini. Antaranya :

  • Melakukan cabaran jatuh daripada bagunan (free fall) setinggi Sembilan (9) tingkat.
  • Melakukan aksi didalam kereta yang diterbalikkan.
  • Duduk didalam kontena yang dipenuhi dengan ular.
  • Menggantungkan dirinya pada tali helikopter yang sedang bergerak.
  • Melakukan aksi didalam air (atas sebab kesihatan, Aaron Aziz dinasihatkan untuk tidak melakukan aksi tersebut)

305457_129524900539486_1558584724_n

Pengalaman dan kepentingan yang diperolehi sebagai hos rancangan fear Factor Selebriti Malaysia (FFSM) ?

"Cabaran tersebut merupakan perkara baharu yang kita perlu lakukan. Bagaimana kita paksa diri dan percaya untuk lakukannya sehingga berjaya," katanya.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Setiap ketakutan dapat diatasi sekiranya kita positif, percaya dengan diri sendiri dan yakin kita juga mampu melakukannya. Antara kepentingan lain, Aaron Aziz juga dilihat akan melebarkan sayapnya dalam dunia pengacaraan. Buat pertama kalinya kita semua bakal meyaksikan Aaron Aziz di pentas pengacaraan. Berjayakah Aaron Aziz dalam bidang pengacaraan ? Ini juga merupakan salah satu cabaran baginya dan sebab kenapa kita "perlu" menonton rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia.

gambar aaron aziz pengacara fear factor asia (ffa)

Aaron Aziz sebagai hos rancangan reality Fear Factor Selebriti Malaysia

Kenapa Aaron Aziz yang terpilih untuk mengacarakan rancangan ini ?

Secara umumnya kita semua mengetahui yang Aaron Aziz agak hebat dalam pentas lakonan dan kini dia diberi kepercayaan untuk mengacarakan rancangan yang dijangka akan mendapat sambutan hangat daripada para penonton. Sebelum ini, Aaron Aziz juga pernah mengacarakan beberapa rancangan televisyen di negara kelahirannya, Singapura. Lagipun, Aaron Aziz dilihat bertepatan daripada segi penampailan dan juga daya ketahanan yang dimilikinya. Dia juga menepati syarat dan kehendak program tersebut disamping mempunyai pakej yang lengkap untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan.

gambar peserta fear factor selebriti malaysia

Antara selebriti yang bakal berentap untuk merebut wang tunai  sebanyak RM 200,000.

Anda suka atau tidak dengan cara Aaron Aziz mengacarakan rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia ? Berjayakah Aaron Aziz sebagai seorang pengacara ? Sama-samalah kita semua saksikanya di saluran 104 (Astro Ria) bermula 29 Disember 2012 ini pada setiap hari Sabtu jam 9 malam. Untuk maklumat lanjut, https://www.facebook.com/FearFactorMalaysia.

Entri ini adalah hasil nukilan dari Penulis Jemputan yang dijemput oleh Eyriqazz iaitu  Miza Yusof  yang berblog di http://mizayusof.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan