Nuffnang

Khamis, 3 Januari 2013

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b> Tak Hargai Komposer Lagu “Kisah Hati”? | OHBULAN!

Posted: 18 Dec 2012 07:19 PM PST


Kecoh sebentar dengan isu pertelingkahan di laman Twitter diantara dua orang pereka fesyen dan juga Alyah baru-baru ini. Puncanya apabila Alyah dikatakan sengaja tidak memakai baju yang ditaja dan dianggap tidak menghargai jasa mereka. Namun, Alyah telah menjelaskan bahawa baju yang ditaja mengalami masalah dan tidak boleh digunakan.

Terbaru, terdengar pula desas-desus mengatakan, selepas Alyah memenangi anugerah 'Lagu Terbaik' di Anugerah Planet Muzik (APM) 2012 yang berlangsung baru-baru ini di Singapura, dia dikatakan tidak sedikit pun mengucapkan terima kasih kepada komposer asal, iaitu Adi (Sixth Sense), apatah lagi selepas 3 hari anugerah berakhir.

Semalam, OHBULAN! berjaya menemui Adi untuk mendapatkan kepastian daripadanya samada betulkah perkara ini berlaku ataupun Alyah sudah menghubunginya.

"Tak ada. Mungkin nanti dia akan bagitahu kemudian kot sebab masa Anugerah Juara Lagu dulu pun dia bagi tahu lambat," ujar Adi mengaku Alyah masih belum menghubunginya selepas 3 hari anugerah tersebut tamat.

Komposer dan vokalis kumpulan Sixth Sense ini walau bagaimana pun hanya merendah diri dan tidak kisah samada Alyah mengucapkan terima kasih kepadanya ataupun tidak.

"Bagi saya, asalkan lagu itu dah menang lagu terbaik kira bagus untuk saya sebenarnya. Kalau Alyah tak 'wish' dekat saya, saya tak kisah pun," tambah Adi lagi.

Dalam pada itu, Adi yang telah mencipta lagu untuk Alyah dan juga lagu "Muara Hati" nyanyian Hafiz dan Datuk Siti Nurhaliza, kini, sedang merancang untuk mencipta lagu yang bakal dinyanyikan Noryn Aziz. Menurutnya, lagu yang akan dicipta selepas ini akan mempunyai unsur ketuhanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan