Nuffnang

Khamis, 24 Januari 2013

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


<b>Maya Karin</b> Jadi Anak Patung — Dalam Keluaran Januari 2013 <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2013 08:33 AM PST

Keluaran terbaru Esquire Malaysia untuk bulan ini adalah majalah yang wajib anda beli jika anda inginkan perspektif lain akan selebriti kesayangan ramai ini — Maya Karin.

Mengambil 10 halaman berharga majalah lelaki berprestij ini, Maya Karin membuka kisah tentang kehidupan beliau sebagai selebriti, makna sebenar cinta & memandang kembali saat awal beliau bergelar pelakon.

Satu kisah yang di'ceritakan dalam artikel tulisan Jon Chew adalah berkaitan komitmen Maya Karin untuk hadir ke tayangan perdana Lagenda Budak Setan 2: Katerina walaupun terpaksa meletakkan kereta jauh & berjalan kaki 20 minit meredah hujan.

Juga yang menarik adalah sesi fotografi kreatif yang berjaya 'menukar' Maya Karin menjadi patung mainan ala fantasi yang sebenarnya satu metofora terhadap kehidupan glamor Maya Karin seperti yang di'ceritakan.

Tahukah anda? Esquire Malaysia baru baru ini membawa pulang lapan buah anugerah pada Malaysian Magazine Publishers Awards 2011 walaupun baru berusia setahun jagung — lapan lagi sebab untuk dapatkan majalah ini di'pasaran. Heh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan