Nuffnang

Khamis, 24 Januari 2013

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


Zamani 84: VIDEO: <b>Misha Omar</b>- Bunga-Bunga Cinta Di AJL 27

Posted: 08 Jan 2013 08:43 PM PST

Antara persembahan terbaik dari Misha Omar sempena AJL ke 27 setelah menyepi seketika dari industri seni tanah air. Untuk pengetahuan pembaca, Misha Omar turut menyambut hari jadi nya yang ke 31 pada hari dia membuat persembahan pembukaan tirai tersebut. Memetik kata2 Zam di dalam entri sempena Hari Jadi Misha Omar sebelum AJL bermula- "walaupun dia menyepi sekarang ni, tapi kemunculannya pasti mengubat rasa rindu Zam & para peminat dengan persembahan yang memukau (Dari pemerhatian Zam, biasanya begitulah)." Dan kenyataan itu memang tidak dapat disangkal! Kebetulan pula, baru saja Zam tulis di blog tentang Misha, & malam itu dia muncul mengubati rindu peminat dengan persembahan yang memukau! 

Pada yang ingin melihat persembahan Misha di AJL ke 27 sekali lagi, Zam kongsikan kan video dari Youtube di sini. Kredit sepenuhnya kepada  VIRGONZMEDIA yang memuat naik video ini. Antara video AJL ke 27 yang mendapat jumlah tontonan tertinggi kerana sebaik saja dimuatnaik sejak 3 hari yang lalu, ia mencatatkan 17k viewer! Cayalah!
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan