Nuffnang

Rabu, 16 Januari 2013

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


<b>Najwa Latif</b> Buka Buku Baru

Posted: 14 Jan 2013 04:03 PM PST

TIDAK cukup dituduh sebagai anak derhaka, gadis dengan imej bertudung ini juga dikatakan semakin liar setelah menghabiskan zaman persekolahannya. Hendak dikatakan itu satu tuduhan tidak berasas juga sukar kerana ia datang daripada mulut seorang yang begitu mengenali penyanyi ini, iaitu ayahnya sendiri, Abdul Latif Ismail.

Enggan menjelaskan kedudukan sebenar dirinya, Imratul Najwa Abdul Latif, 17, atau lebih dikenali sebagai Najwa Latif mengambil jalan mudah untuk tidak membuka mulut mengenai perkara tersebut.

Bagi Najwa, perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsi kerana membabitkan keluarga terdekatnya. Namun ada kata-kata tegas oleh gadis ayu ini iaitu dia bukan seperti yang digambarkan oleh ayah kandungnya.

"Maaf saya tidak boleh komen apa-apa mengenai hal ini. Biarlah perkara ini diselesaikan di antara keluarga sahaja. Kami tidak mahu melibatkan orang luar," katanya ditemui ketika mengadakan persembahan di Shah Alam baru-baru ini.

Memilih untuk menjadi warga ibu kota kini, menurut Najwa memang benar dia kini sudah menetap di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun tujuan utama dia mengambil keputusan ini bukan mahu mencari kebebasan autonomi.

"Saya bukan tinggal sendirian. Di sini, saya ditemani kakak yang juga secara kebetulan menjaga saya.

"Tujuan utama saya berpindah adalah untuk memudahkan perjalanan karier di sini, tetapi tidaklah bermakna saya bebas dari perhatian keluarga. Kadang-kadang ibu saya juga akan berada di sini," katanya jujur.

Ditanya sama ada hubungan keruh antara dia dan ayahnya kini sudah kembali pulih, Najwa memberitahu dia lebih rela untuk membiarkan perkara ini kekal menjadi rahsia keluarganya.

"Ibu dan keluarga merupakan orang yang mengenali siapa saya. Jadi saya tidak begitu kisah dengan pandangan orang lain. Saya percaya bakat merupakan pertaruhan saya dalam industri ini dan bukan kisah peribadi saya," katanya tegas.

Tidak kisah berisi

Baru sahaja selesai mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kadang-kala terlihat juga riak takut di wajah penyanyi Cinta Muka Buku ini apabila ditanya jangkaan keputusannya nanti.

Menurut Najwa dia tahu keputusan peperiksaan merupakan penentu kepada impiannya untuk bergelar seorang guru bahasa Inggeris.

"Takut, memang takut, tapi saya positif. Selain reda dengan apa juga keputusan. Kerana saya tahu saya sudah berusaha sebaik mungkin.

"Jika semuanya baik, kalau boleh saya mahu menyambung pengajian di dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), yang lama saya impikan," katanya.

Berjanji akan berkongsi keputusan SPM nanti, Najwa percaya sebagai artis dia harus menerima kenyataan peminat juga berhak mengetahui serba sedikit mengenai dirinya.

"Saya akan kongsi, rasanya lambat laun peminat akan mengetahui juga. Apa juga keputusannya, saya percaya sudah melakukan yang terbaik untuk mencapai tahap itu nanti," katanya.

Melihat kepada perubahan berat badannya yang mendadak naik, Najwa bagaimanapun tidak runsing dengan perkara tersebut.

Bagi gadis itu dia yakin penampilannya tidak akan menggugat apa yang mahu diberikan kepada peminat lagu-lagunya.

"Memang benar agak mendadak naik, mungkin sepanjang berada di rumah saya tidak begitu menjaga pemakanan.

"Tetapi jujur saya katakan sedikit pun tidak berasa tertekan dengan penampilan sekarang. Saya yakin bakat melangkaui segalanya. Dan peminat kini juga sudah cukup bijak untuk menilai," katanya.

Sedang sibuk mengukuhkan nama, ada desas desus mengatakan penyanyi yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu semakin pandai menaikkan harga untuk khidmat nyanyiannya.

Memang benar dia berjaya memukau ribuan pendengar melalui muziknya, namun adakah wajar untuk penyanyi baru ini meletakkan tanda aras yang begitu tinggi untuk kariernya?

Menyangkal dakwaan itu, Najwa memberitahu dia masih berpijak di bumi nyata.

"Saya tidak pernah melabelkan diri sebagai penyanyi hebat. Saya masih merangkak, pendek cerita masih baru.

"Apa-apa peluang yang datang saya tidak akan sia-siakan. Fokus saya bukan mencari kekayaan, tetapi pengalaman. Setiap kali menerima tawaran persembahan bukan faktor bayaran yang menjadi keutamaan tetapi waktu," katanya.

Di cuit soal cinta, nampaknya penyanyi ini cukup cekal mengatakan tiada lagi mana-mana pemuda yang berjaya menawan hatinya.

Tidak mahu membebankan dirinya dengan cinta, Najwa ingin memberikan masa untuk kariernya dahulu.

"Kawan lelaki itu ramai, tetapi buat masa ini belum ke tahap bercinta lagi.

"Saya masih muda, mungkin belum tiba masanya, beri ruang buat saya berkarya dahulu," katanya.

(Sumber Dari UTUSAN 15/01/2013)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan