Nuffnang

Ahad, 6 Januari 2013

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Neelofa</b> Juga Enggan Ulas - Gua.com.my

Posted: 12 Dec 2012 01:02 AM PST

Awal minggu ini, pelakon jelita Neelofa sekali lagi diusik dengan kontroversi apabila dia dipercayai berselisih faham dengan seorang pereka fesyen baru, Nurita Harith. Kontroversi atau gosip ini timbul gara-gara kata-kata yang tertera di laman Twitter peribadi pereka fesyen itu yang berbunyi, "Hope yesterday was the last job of me with this Neelofa girl. Very disrespectful and unprofessional".

Walaupun ramai yang ingin tahu kedudukan sebenar, namun sehingga hari ini baik Nurita mahupun Neelofa masing-masing tidak mahu mengulas lanjut. Nurita dalam satu kenyataan kepada sebuah portal hiburan memberitahu bahawa dia tidak mahu memberikan sebarang kenyataan berhubung isu kerana tidak mahu memperbesar-besarkan hal tersebut.

Begitu juga dengan Neelofa. Walaupun gagal dihubungi kerana ketika ini dia sedang bercuti di Dubai sehingga Selasa hadapan tetapi pengurus peribadinya, Shawn Amer memberitahu pelakon itu juga membuat keputusan untuk tidak mengulas lanjut. Jelas Shawn, Neelofa tetap dengan pendiriannya kerana tidak mahu memanjang-manjangkan isu itu.

"Memang ramai pihak media yang cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada Lofa. Namun, ingin saya maklumkan di sini bahawa Lofa enggan mengulas lanjut. Pendiriannya itu dimaklumkan kepada saya sebelum dia bertolak ke Dubai kelmarin (Selasa). Jadi, saya dan Lofa berharap pihak media dan juga peminat Lofa dapat memahami situasi kami sekarang ini," ujar Shawn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan