Nuffnang

Rabu, 30 Januari 2013

Raja Farah - Google Blog Search

Raja Farah - Google Blog Search


<b>Raja Farah</b> Belum Sedia Tinggalkan Dunia Lakonan | MyNewsHub

Posted: 28 Oct 2012 06:35 PM PDT


PETALING JAYA – Pelakon Raja Farah mengakui masih belum bersedia untuk meninggalkan dunia lakonan walaupun dia kini kelihatan menyepi selepas mendirikan rumah tangga dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 2010.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 24, berkata, dia masih sayangkan dunia lakonan namun terpaksa membataskan kerjayanya itu kerana meletakkan rumah tangga sebagai keutamaan.

"Suami tidak pernah menghalang saya berlakon namun dia ada memberikan syarat iaitu hanya boleh berada di lokasi penggambaran sehingga 11 malam sahaja.

"Sebagai seorang isteri saya terima syarat itu dan atas dasar itu juga saya agak menghadkan aktivit lakonan dan hanya mengambil watak yang sesuai sahaja," katanya kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Raja Farah, dia masih mendapat tawaran lakonan daripada syarikat produksi namun terpaksa menolak kerana tidak sesuai dengan jadualnya.

"Saya terpaksa menolak kerana tidak mahu menyusahkan pihak produksi jika terpaksa balik awal dari lokasi penggambaran dan hanya mengambil tawaran yang sesuai sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Raja Farah memberitahu, dia kini lebih selesa menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program Soal Wanita yang bakal bersiaran di saluran TV Al Hijrah dalam masa terdekat ini.

Raja Farah berkata, dia telah lama memasang hasrat untuk bergelar seorang pengacara dan tidak mempersia-siakan peluang yang datang kepadanya.

"Bergelar pengacara rasanya lebih sesuai dengan status saya sekarang kerana ia tidak mengambil masa yang lama dan mudah untuk saya membahagikan masa antara rumah tangga dan perniagaan yang saya usahakan," ujarnya.

Sementara itu, Raja Farah memberitahu dia dan suaminya masih berusaha untuk mendapatkan zuriat namun menyerahkan soal itu kepada izin Allah S.W.T.

"Cemburu jugak tengok rakan-rakan lain yang sudah berumah tangga mempunyai anak tetapi masih belum rezeki," katanya. – mStar Online

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan