Nuffnang

Ahad, 20 Januari 2013

Vanidah Imran - Google Blog Search

Vanidah Imran - Google Blog Search


Rashidi Dan <b>Vanidah Imran</b> Disarankan Segera Rujuk | MyGosip.com

Posted: 23 Sep 2012 11:17 PM PDT

Posted: 24 September 2012 at 2:17 pm  

Rashidi Dan Vanidah Imran Disarankan Segera Rujuk

Tan Sri Harussani Zakaria yang juga Mufti Perak melalui suratkhabar Utusan Malaysia hari ini menyarankan agar pasangan suami isteri Vanidah Imran dan Rashidi Ishak segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan dialog lafaz cerai dalam filem 'Untuk Tiga Hari'… Menurut beliau, kerana dialog tersebut, perkahwinan Vanida dan Rashidi sejak 1 Oktober 2000 tidak sah di sisi agama Islam.

Mufti Perak memberikan pandangan berikutan diolag dibawah yang dikatakan oleh Rashidi Ishak kepada Vanidah Imran.

"Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai"

Akibat dialog itu, Mufti Perak terpangil untuk menasihatkan pasangan suami isteri ini untuk merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera..

"Ia umpama menjadikan sebuah perkahwinan itu seperti kahwin muta'ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera. Umat Islam tidak haru mempermainkan hukum-hakam meskipun dalam soal lakonan."

"Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan. Tidak betul untuk kita menjadikan tindakan-tindakan seumpama itu sebagai budaya meskipun dalam lakonan kerana ia akan menggalakkan perpecahan dalam rumahtangga."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan