Nuffnang

Khamis, 3 Januari 2013

Zul Handyblack - Google Blog Search

Zul Handyblack - Google Blog Search


Seri hidup <b>Zul</b> &#39;<b>Handy Black</b>&#39; Suphiaan |

Posted: 10 Oct 2011 04:32 AM PDT

Zul "Handy Black" Suphiaan bersama isteri tersayang, Fiza.

Kesempatan bertemu Nurzul Suphiaan ataupun lebih dikenali sebagai Zul 'Handy Black' Suphiaan sewaktu penggambaran filem Super Duper Lover memang MiG Online tak lepaskan, nak-nak hari tu Zul Suphiaan datang ke set bersama buah hati beliau. Sangat romantik dan lovely gitu MiG Online tengok mereka berdua. <3

Kepada peminat-peminat Zul Suphiaan yang masih taktau, Zul telahpun menamatkan zaman bujang beliau pada bulan Ogos lepas dalam majlis kecil-kecilan. Majlis diadakan dalam keadaan sederhana atas permintaan keluarga. Ok la tu bro, janji happy, kan? ;)

Tersipu-sipu abang Zul kita bila MiG Online tanya camner boleh kenal dengan isteri beliau. Kata Zul "Agak dramatik jugak sebenarnya macam mana Zul kenal isteri Zul ni. Zul suka lepak dengan kawan-kawan Zul dekat sebuah restoran dan kebetulan isteri Zul pun suka spend masa dengan kawan-kawan dia di kedai yang sama. Dalam setahun jugak la Zul perasan isteri Zul tapi segan nak tegur," Ahaha.. Kiut je dengar, tak sangka rockers macam Zul pun segan-segan. Dalam hati ada taman katanya. ;)

Namun awal bulan Mac tahun nie, Zul memberanikan diri untuk menegur Fiza, yang akhirnya hampir 6 bulan kemudian, jadi isteri Zul yang sah.. Amboi, dalam segan-segan tu laju jugak abang Zul ni… Hehe.

Zul - Lega selepas kahwin hidup lebih teratur dan terurus.

"Alhamdulillah lega sangat bila dah kahwin nie. Bukan saja dapat elak gosip, hidup Zul pun dah semakin terurus. Kalau dulu masa shooting je baru Zul makan," kata Zul tertawa.

Kalau dengar statement seterusnya mesti ramai yang terkejut termasuk MiG Online. Sebelum Zul berkenalan rapat dengan isterinya, beliau langsung tidak mengenali siapakah Zul Handy Black. Terkedu MiG Online yang kaki karok ni dengar. Hehe.

"Sebenarnya bila nak dekat sebulan rapat baru la Fiza kenal siapa Zul Suphiaan. Mula-mula ingat mat motor mana, bila Zul bagi DVD filem Mantra, terkejut tengok Zul rupanya artis. Tapi apapun Fiza bersyukur berkenalan dan menjadi isteri Zul. Walaupun nampak ganas, tapi Zul sangat charming,"

Walaupun dah hampir 3 bulan berkahwin, disebabkan jadual Zul yang padat, mereka masih belum lagi dapat berbulan madu tapi menurut Zul dan Fiza, mereka bercadang untuk berbulan madu di Sipadan. Haa, kerlass sokong Cuti-Cuti Malaysia. Harap kita-kitapun ikut langkah Zul Suphiaan, lagi seronok berbulan madu kat Malaysia aje, kan? ;)

Orait, apa-apapun MiG Online mendoakan kedua-kedua Zul Suphiaan dan Fiza berbahagia hingga hujung nyawa. :)

Manje je nampak Zul dengan isterinya. <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan