Nuffnang

Khamis, 14 Februari 2013

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


<b>6ixth Sense</b> - GilaMuzik - GilaMuzik

Posted: 30 Dec 2012 09:44 PM PST

6ixth Sense merupakan kumpulan gitar rancak yang dianggotai oleh 5 anak muda asal Malaysia dan Indonesia yang mula aktif di persada seni Nusantara sejak 2005. Kumpulan ini juga dikenali sebagai Tirta di Indonesia. Ia diasaskan oleh Mujahid Wahad, A&R daripada Universal Music. Sejak meluncurkan album pertama pada 2006, kumpulan ini telahpun berjaya menjual lebih 100,000 unit album fizikal dan lebih 2 juta muaturun digital menerusi 4 buah album studio mereka. Kumpulan ini disifatkan sebagai antara artis dengan jualan album terbaik di rantau ASEAN pada lewat 2000an dan awal 2010an. Mereka telah memenangi trofi di Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2010.

Biografi

Kumpulan 6ixth Sense terdiri daripada lima orang anak muda iaitu Mohd Faiz Azizi (Gjie) selaku pemain gitar utama, Safuan Hasnan (Wan) selaku pemain drum, Muhd Azmi (Air Bone) selaku pemain gitar kedua (yang kemudiannya digantikan dengan Athan), Mohd Fairuz (Ayoy) selaku pemain bass dan Adi Priyo Sambodo (Adi) selaku vokalis. 6ixth Sense merupakan kumpulan muzik pertama dengan gabungan pemuzik Malaysia dan Indonesia.

Kumpulan ini menamakan diri mereka "Sixth Sense" kerana berkebolehan menggunakan panca deria untuk menjiwai serta mencipta muzik. 6ixth Sense yakin dapat bersaing dengan mana-mana kumpulan muzik ketika ini. Melihat pada pencapaian mereka, jelas terbukti mereka boleh memberikan impak kepada perkembangan muzik tanahair.

Para pemainat 6ixth sense biasa di sebut dengan 6ixth lovers

Mereka memulakan kerjaya seni sebagai sebuah kugiran yang bermain di majlis perkahwinan. Setelah mendapat tempat di hati peminat, 6ixth Sense telah dilamar menjadi artis rakaman pada tahun 2005 walaupun industri muzik tempatan ketika itu diuliti dengan pelbagai masalah seperti cetak rompak dan kemasukkan artis-artis luar negara yang banyak.

Di awal penubuhan, salah seorang pemuzik dari Indonesia telah mencadangkan nama pemuda Indonesia, Adi Priyo Sambodo yang kepada pengurus 6ixth Sense, Mujahid Abdul Wahab. Setelah berjaya menunjukkan kebolehan vokalnya, Adi diterbangkan dari Indonesia ke Malaysia untuk memulakan kerjayanya sebagai penyanyi utama 6ixth Sense.

Lebih 5,000 buah album telah terjual setelah album ini dilancarkan pada 2 Jun 2006. Kumpulan yang mempertaruhkan lagu yang pernah dipopularkan oleh J. Mizan pada era 70an, 'Hari Ini Dan Semalam' sebagai single pertama mendapat sambutan yang menggalakkan daripada stesen-stesen radio tempatan. Malah, lagu tersebut pernah mendapat tempat kedua di Carta Era selama beberapa minggu. Terdapat 11 buah lagu di dalam album ini seperti termasuk 'Maafkanku', 'Berjanjilah', 'Seandainya', 'Mama Papa', 'Pesona' dan 'Pawana'.

Syarikat rakaman mereka, Universal Music percaya bahawa kumpulan tersebut dapat diterima oleh peminat muzik Indonesia berdasarkan adanya Adi sebagai vokalis utama serta konsep kumpulan tersebut iaitu progresif pop-rock.

Ahli Sekarang

Adi Priyo Sambodo merupakan penyanyi utama 6ixth Sense. Beliau berasal dari Jember, Indonesia. Beliau lahir pada 1 Oktober 1983 (umur 29). Antara lagu ciptaanya adalah seperti Khatinmah Cinta dan Hikayat Cinta.

Mohd Faiz Azizi Arlis merupakan gitaris utama 6ixth Sense. Beliau berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada 23 November 1985 (umur 26). Antara lagu yang diciptanya adalah seperti Tanpa, Maafkanku dan Kelam

Shahrul Effendy merupakan ahli terbaru 6ixth Sense yang menggantikan Airbone di posisi gitar kedua. Beliau menggantikan Airbone sejak Airbone menyatakan hasratnya untuk menarik diri selepas penghasilan album kedua mereka. Dikhabarkan Atan akan bersama 6ixth Sense untuk album ketiga dan seterusnya nanti. Atan yang sebelum ini memang telah lama mengenali anggota 6ixth Sense dan sentiasa mengikuti persembahan kumpulan itu mengakui tidak mempunyai masalah untuk menyerasikan diri dalam kumpulan tersebut malah mereka telah berkawan rapat.

Mohd Safwan Hasnan merupakan pemain dram 6ixth Sense. Beliau berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada 25 April 1987 (umur 25). Antara lagu yang diciptanya adalah Tak Bisa Memilihmu dan Tanpa

Mohd Fairos Ramli merupakan pemain bass 6ixth Sense. Beliau berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada 31 Julai 1985 (umur 27).

Bekas Ahli

Mohd Azmi Yahaya merupakan bekas pemain gitar 6ixth Sense. Beliau berasal Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada 15 Disember 1985 (umur 26). Beliau telah menyatakan hasrat untuk menarik diri sebaik mendirikan rumah tangga pada tahun 2007. Tempat yang dikosongkan oleh Airbone kini diganti oleh ahli baru iaitu Shahrul Effendy atau lebih mesra dikenali sebagai Atan.

Album Studio

  • Hari Ini (2006)
  • 6ixth Sense (2007)
  • +-×÷ (2010)
  • Tentang Kita (2012)

Single

Tahun Judul Lagu Album
2006 "Hari Ini dan Semalam" Hari Ini
"Maafkanku"
2007 "Hikayat Cinta"
"Tak Bisa Memilihmu" 6ixth Sense
"Begitu Indah (Cinta)"
"Tanpa"
2008 "Rayuan Gombal"
"Dari Hati"
"Cinta Yang Sempurna"
duet bersama kumpulan Letto
Single CD
2009 "Khatimah Cinta" +-×÷
2010 "Yang Sempurnakanku"
"Menyesal"
"Sepi"
2011 "Cinta Matiku"
"Pemilik Hati"
2012 "Penerang Hati"
duet bersama Saujana
Tentang Kita
"Altar Cinta"

Album yang tidak dipasarkan

  • The Legend merupakan album 6ixth Sense yang dijadual untuk diedarkan pada tahun 2009. Namun album ini tidak dikeluarkan atas sebab-sebab yang tidak dikenal pasti. Album ini menampilkan rakaman semula lagu-lagu melayu era 80an-90an serta beberapa lagu baru.
  • Anugerah Industri Muzik ke-18 - Artis Mobile Terbaik
  • Anugerah Hits 1
    • Hits 1 Musim ke 7 – Lagu Paling Popular - Tanpa
    • Gah 1 Musim ke 8 – Lagu Paling Popular - Khatimah Cinta
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian
    • Finalis Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (ABPBH) (2009)
    • Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (ABPBH) (2010)
  • Anugerah Juara Lagu
    • Semi Finalis:
      Tanpa (AJL 23)
      Khatimah Cinta (AJL 24)
      Menyesal & Cinta Matiku (AJL 26)
  • Shout! Awards 2010 – Mobile Artist Of The Year (Khatimah Cinta)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan