Nuffnang

Khamis, 14 Februari 2013

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Fizz Fairuz</b> Dah Bertunang, Almy Nadia Tak Mahu <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2013 04:45 PM PST

Bila dihubungi Berita Harian bagi mendapatkan reaksinya kepada berita pertunangan Fizz Fairuz, Almy Nadia memilih untuk memberi laluan kepada Fizz tampil dengan kenyataannya terlebih dahulu. Selepas itu, barulah dia selesa kongsikan komennya.

Jelas Almy, selain enggan dituduh menjaja cerita, dia memberitahu keputusan itu diambil kerana sebelum ini bila dia bersuara "semua kesalahan akan dituding kepadanya."

Mengakui sangat terkejut dengan berita pertunangan Fizz kepada seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar, Almy berkongsi hanya mengetahui tentang perkara itu melalui Internet.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, status hubungan Fizz dan Almy cukup mengelirukan.

Dari mulut Fizz sendiri, dia pernah menafikan dakwaan dirinya seorang kaki perempuan dan tiada wanita lain dalam hidupnya selain Almy. [Sumber: Berita Harian, 23 November 2011]

        

Kemudian pada tahun lalu, gara-gara kenyataan Fizz kepada pihak media bahawa dia ingin melamarnya, Almy pula tampil menggambarkan hubungan mereka bagai "retak menanti belah sejak dua tahun kebelakangan ini". [Sumber: Berita Harian, 20 Mei 2012]

Bila diasak pihak media tentang kenyataan Almy, jika mereka masih bersama, Fizz pula menjawab, "Demi Allah, memang tak ada apa-apa masalah."

Saat ditanya adakah dia akan meneruskan hasratnya meminang Almy, kata Fizz, "Saya tak mahu cakap dan berjanji apa-apa sebab saya seorang yang tak boleh berjanji. Ibu saya akan berangkat ke Tanah Suci 1 Jun ini, jadi saya minta dia doakan yang terbaik. Kita tunggu sajalah nanti, kalau ada, ada-lah." [Sumber: GUA, 24 Mei 2012]

            
             Kredit gambar: Amy Qaseh

Tetapi pada September tahun lalu, Fizz telah memberitahu portal murai, dia dan Almy tidak pernah bercinta. Status hubungan itu hanyalah kawan. Malah ujarnya, "biarlah kami bebas berkawan dengan sesiapa dan saya tak mahu ada istilah bercinta itu kerana sebelum ini jika saya bercinta memang ianya tidak pernah kekal lama."

Lain pula ceritanya bila Fizz ditemuramah GUA sebulan selepas itu. "Saya masih belum bersedia untuk berkahwin. Belum sampai 'seru' agaknya," jelas Fizz. "Bagaimanapun, hubungan saya dengan Almy baik-baik sahaja. Sama seperti dahulu. Kalau ada jodoh di antara kami, pasti kami akan berkahwin juga."

        
         Kredit gambar: Amy Qaseh

Almy enggan lagi cakap tentang kahwin
Bila ditemui baru-baru ini, Almy, 27, ada berkongsi dengan GUA bahawa misi hidupnya kini hanyalah untuk anak perempuannya, Nur Afrina Darwisya yang berusia empat tahun dan dikatakan sangat petah bercakap. Dia tidak mahu lagi bercakap tentang kahwin.

"Saya bahagia di samping anak. Kerja dan hidup saya adalah untuk dia. Saya perlu bekerja keras, cari banyak 'job'. Malah saya ada perancangan untuk memulakan bisnes bagi mencari pendapatan sampingan kerana saya perlu sara anak dan tanggung keluarga."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan