Nuffnang

Selasa, 26 Februari 2013

kumpulan Estranged - Google Blog Search

kumpulan Estranged - Google Blog Search


phs Smon&#39;s Site - <b>Kumpulan Estranged</b> Menang Juara Lagu (AJL)

Posted: 27 Jan 2008 08:16 AM PST

Kumpulan Estranged menang Juara Lagu AJL


27/01/2008 11:45pm

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Bintang-bintang ternama industri seni suara tanah air tewas kepada sebuah kumpulan baru Estranged apabila lagu 'ItuKamu' ciptaan kumpulan tersebut dinobatkan sebagai Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu Ke-22 (AJL22) yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam ini.

Dengan kemenangan itu, Estranged berjaya menepis artis terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Aishah yang disebut-sebut bakal menjuarai pertandingan ber kenaan membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 berserta trofi.

Estranged turut memenangi RM12,000 lagi sebagai juara kategori Pop Rock. Ini bermakna lagu tersebut membolot wang tunai RM37,000 kesemuanya. Lirik la gu Itu Kamu ditulis oleh Rachael Lawrence.

Lagu 'Izinku Pergi' yang dinyanyikan oleh Shari ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawak memenangi kategori Balada. Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Lagu Samudera yang disampaikan oleh Nora pula menjuarai kategori Etnik Kreatif.

Dengan kemenangan itu, lagu ciptaan Johan Nawawi dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya itu melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM12,000 beserta trofi.

Jaclyn Victor dan Lah Ahmad pula memenangi kategori Vokal Terbaik menerusi lagu 'Ceritera Cinta'. Kedua-dua mereka membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Kategori Persembahan Terbaik pula, menjadi milik Raja SMS, Mawi yang telah memberikan persembahan yang cukup menarik menerusi lagu 'Angan dan Sedar' sekali gus melayakkan dia memenangi wang tunai RM10,000 dan trofi.

Bagi kategori ini 50 peratus daripada markah diterima adalah melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan selebihnya diadili oleh juri profesional. -Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan