Nuffnang

Khamis, 28 Februari 2013

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Ke Arena Global: <b>Mizz Nina</b> & Jay Park Hangatkan <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2013 01:25 AM PST

Tahun 2013 menjanjikan pelbagai kejutan dari Mizz Nina, antaranya single terbaru, "Around The World" yang turut menampilkan penyanyi popular Korea, Jay Park sebagai pasangan duetnya.

Bermula dari pertemuan di MTV World Stage Live In Malaysia 2012, Mizz Nina dan Jay Park masing-masing kemudiannya melakukan sesi rakaman berasingan pada Disember lalu. Bulan lepas, Mizz Nina berangkat ke Seoul untuk menjalani penggambaran lagu "Around The World" di bawah arahan Namil Cho yang sebelum ini pernah mengarahkan Mizz Nina di dalam muzik video "Sometimes".

                             

"Around The World" diterbitkan Cha Cha Malone yang mula dikenali penggemar muzik pada tahun 2010 melalui lagu-lagu Jay Park, "Bestie" dan "Speechless". Dia juga pernah menjadi penerit untuk B1A4, Brian Joo, U-Kiss dan Tiny-G.

"Seronok dapat bekerjasama dengan Mizz Nina. Dan sentuhan Cha Cha Malone di dalam lagu "Around The World" memang memuaskan," luah Jay Park sebelum menambah, "ATW 2013, turn it up!"

Bagi Mizz Nina, dia bersyukur diberi peluang berkoloborasi dengan Jay Park dan Namil Cho, salah seorang pengarah kegemarannya.

"Ia satu bonus bila Namil Cho bersetuju mengarahkan klip video "Around The World". Lebih menyeronokkan, penggambaran dilakukan di Seoul, Korea. It's a dream come true. Saya amat teruja untuk single terbaru dan video ini!"

                     

Untuk memuat turun "Around The World", sila ke http://mizzninaitunes.shorturl.com/

Twitter: https://twitter.com/mizznina1780
Faceoook: https://www.facebook.com/OfficialMizzNina
YouTube: http://www.youtube.com/mizznina1780

Tiada ulasan:

Catat Ulasan