Nuffnang

Sabtu, 9 Mac 2013

Bunkface - Google Blog Search

Bunkface - Google Blog Search


<b>Bunkface</b> Pertama Guna Teknologi AR Di Asia - Gua.com.my

Posted: 28 Nov 2012 08:00 AM PST

Selasa lalu, tercipta satu sejarah buat tiga anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Bunkface apabila mereka melancarkan sebuah album berteraskan teknologi "augmented reality" (AR) yang pertama di Malaysia.

Album bertajuk "Bunk Not Dead" itu dilancarkan di Teeq Restaurant, Lot 10 Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Ia merupakan majlis pelancaran album tersebut yang kedua, di mana pada 17 Julai lalu kumpulan tersebut telah melancarkan album itu tanpa teknologi AR yang dimaksudkan.

Album "Bunk Not Dead" memuatkan sebanyak 13 buah lagu,  4 buah lagu Melayu dan 9 buah lagu bahasa Inggeris. Album tersebut merupakan album yang paling bermakna buat Bunkface apabila ia telah dihasilkan secara usahasama dengan Hunter Worldwide Interactive Sdn. Bhd dan Galaxstar.com.

Sekaligus menjadikan album tersebut sebagai album yang berteraskan teknologi AR pertama di Asia. Ia merupakan satu langkah yang berani buat kumpulan Bunkface untuk meneroka kemajuan dalam industri muzik tempatan dan dunia perniagaan.

Kumpulan tersebut telah membelanjakan sebanyak RM200,000 bagi melaksanakan projek album AR tersebut. Kos ini termasuk tenaga kerja produksi, karya seni dan juga aplikasi Blippar yang dimuatkan dalam album itu.

Aplikasi ini hanya boleh digunakan dalam peranti teknologi iPod, iPad, iPhone dan untuk kegunaan pengguna telefon bimbit berperisian Android.

Anda hanya perlu memuat-turun aplikasi Blippar secara percuma, mengimbas pada album Bunkface dan imej serta video akan terpapar di skrin telefon pintar anda.

Menariknya album AR ini adalah anda boleh berinteraksi secara terus tanpa perlu melayari laman sesawang yang lain. Teknologi ini begitu mudah untuk digunakan dan boleh digunakan dalam pelbagai bentuk.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bunkface Production Sdn. Bhd. Di talian 03-5611 3939 ataupun 017-9575595.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan