Nuffnang

Ahad, 17 Mac 2013

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search


Afiq AF5 Disingkir Daripada <b>Fabulous Cat</b> | MyNewsHub

Posted: 22 Jan 2013 11:51 PM PST


KUALA LUMPUR – Punca mengapa bekas pelajar Akademi Fantasia 5, Afiq digugurkan dariapada kumpulan The Fabulous Cat (TFC) secara tiba-tiba terjawab apabila dia dikatakan bersikap tidak jujur dan mempunyai masalah disiplin.

Senior Eksekutif Promosi Nova Music Sdn Bhd, Ruslan Moktar berkata mereka terpaksa mengugurkan Afiq kerana dia telah menyertai ahli kumpulan lain di sebuah lebel lain serta sudah pun mempunyai single dengan kumpulan itu.

"Baru-baru ini, tanpa pengetahuan Nova Music kami dapati Afiq telah muncul dengan single terbaru bersama kumpulan lain. Malah kumpulan nyanyian itu juga adalah daripada label lain.

"Sebelum ini, kami hanya diberitahu Afiq yang dia merakamkan lagu bersama kumpulan lain hanya sekadar suka-suka dan bukan muncul secara serius dalam bentuk single , lebih-lebih lagi dibawah label yang lain," katanya yang dipetik melalu Murai, di sini, hari ini.

Tambahnya, tindakan Afiq itu membuatkan pihak Nova Music merasakan tidak jujur dengan label kerana dalam masa yang sama dia juga turut merakamkan single bersama TFC.

Jadi pihak Nova Music dengan ini tidak boleh bertoleransi dengan sikapnya lebih-lebih lagi apabila dia juga mempunyai masalah disiplin kerja.

Menurut Ruslan lagi, sikap dan tindakan Afiq AF5 itu menyebabkan single terbaru berjudul Sebulatnya yang sudah dirakamkan penyanyi itu bersama TFC pada Disember lalu, terpaksa ditangguhkan dan digubah kembali.

Namun begitu, Ruslan memberitahu lagi, buat masa ini pihak Nova Music belum berkesempatan untuk berjumpa secara peribadi untuk mengugurkannya daripada label secara rasmi.

"Kami sedang mencari masa yang sesuai untuk bertemu dan menyelesaikan hal ini dengannya," katanya lagi.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Adeep <b>Fabulous Cats</b> Sertai Almawlid - Munsyeed{Dot}

Posted: 31 Oct 2012 09:37 AM PDT

Adeep Nahar (kanan sekali) sewaktu menyertai The Fabulous Cats

Adeep Nahar, bekas anggota kumpulan The Fabulous Cats telah menyertai kumpulan Almawlid pada pertengahan Ogos 2012. Penyertaan Adeep dan Ustaz Kyrel Al-Gayauwi di dalam kumpulan Almawlid kini melengkapkan kumpulan tersebut dengan 7 orang ahli kesemuanya.

Ketika ditemui di Majlis Sidang Media Pelancaran Album Almawlid, Adeep Nahar menjelaskan penyertaan beliau dalam kumpulan Almawlid merupakan satu takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT.

Almawlid

Memulakan karier seni sebagai ahli kumpulan The Fabulous Cats, Adeep memilih untuk keluar dari kumpulan tersebut bagi mendalami ilmu agama dan menjalankan dakwah. Setelah beberapa lama mengikuti kelas pengajian agama Majlis Ta'lim Darul Murtadza yang dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, akhirnya Adeep dilamar oleh Almawlid untuk menyertai mereka.

"Kami lihat Adeep bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama dan mengikuti kelas pengajian. Setelah sekian lama kami melihat perkembangan Adeep, akhirnya kami sepakat mempelawa Adeep untuk menyertai kami." jelas Amer Munawer, selaku ketua kumpulan Almawlid.

"Muka Adeep dan Ustaz Kyrel tiada dalam gambar album Almawlid kerana Adeep dan Ustaz Kyrel sertai Almawlid setelah album diterbitkan. Walaubagaimanapun, suara mereka berdua ada dirakamkan dalam album ini sebagai suara harmoni." tambah Pot Amir.

Adeep Nahar

Syabas diucapkan kepada Adeep Nahar dan Ustaz Kyrel kerana telah terpilih untuk mengukuhkan saf di dalam Almawlid. Semoga Almawlid terus maju dan aktif menyemai rasa cinta akan Rasulullah kepada umat Islam baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

-Munsyeed{Dot}Com

Tentang Penulis

Munsyeed Admin menulis 76 artikel dalam blog ini.

Munsyeed Admin bertanggungjawab mengawal selia website Munsyeed{Dot}Com untuk sentiasa beroperasi dalam keadaan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Farhana Tinggalkan The <b>Fabulous Cats</b>

Posted: 24 Apr 2009 06:07 PM PDT

Bagaikan satu sumpahan, setiap ahli wanita yang menyertai kumpulan The Fabulous Cats pasti tidak akan bertahan lama. Mungkin tiada keserasian atau ahli-ahli lelaki kumpulan ini sering membuli?

Apapun alasannya, ketua kumpulan ini, Cat Farish pernah mengeluarkan kenyataan bahawa semua ahli wanita itu menarik diri kerana ada komitmen lain. Bukan kerana tiada keserasian atau perselisihan faham.

Kali ini, giliran Farhana pula meninggalkan The Fabulous Cats. Kenyataan ini dikeluarkan oleh syarikat rakaman Metadome Sdn. Bhd berkuat kuasa serta-merta.

Walaupun begitu, segala aktiviti promosi, persembahan, sidang media, temubual bersama media cetak dan eletronik bersama The Fabulous Cats tetap berjalan seperti biasa. Setiap persembahan yang akan diadakan nanti hanya akan disertai oleh Cat Farish, Wangi dan Adeep.

Menurut Farhana, tindakannya keluar daripada kumpulan itu adalah untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang yang ingin diceburinya iaitu bidang peragaan, perniagaan, pengacaraan di samping menyanyi.

Cat Farish pula memberitahu yang dia berasa sedih dengan pengunduran Farhana.

"Segala aktiviti yang telah dirancang oleh pihak pengurusan akan berjalan seperti biasa. Ia tidak mematahkan semangat kami, kami akan terus berjuang di dalam industri ini malah kami amat teruja dan tidak sabar untuk menembusi pasaran Indonesia", ujar Cat apabila diminta mengulas tentang pengunduran Farhana.

-Gua

Tag:

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan