Nuffnang

Isnin, 11 Mac 2013

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


<b>Remy Ishak</b> Sedia Memperisterikan Maya Karin - Gua.com.my

Posted: 06 Mar 2013 09:00 PM PST

Foto-foto percutian Remy Ishak dan Maya Karin yang dimuat naik di laman 'Instagram' baru-baru ini menghangatkan gosip pasangan ini sedang hangat bercinta.  Peluang bertemu hero pujaan ramai ini memberi peluang kepada GUA untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada empunya badan.

Jelas Remy, dia sememang berkawan rapat dengan Maya Karin, malah tidak akan menolak jika Maya ditakdirkan menjadi jodohnya suatu hari kelak. Namun, buat masa ini, hubungannya dengan Maya hanya sekadar teman biasa.

"Saya tak tahulah kalau pada masa hadapan hubungan saya dan Maya jadi macam mana. Itu semua ketentuan Tuhan. Kalau dah kata jodoh saya dengan dia, saya terima. Bagi saya Maya seorang wanita yang bijak, aktif,berpengetahuan luas dan cantik. Secara ringkas, dia seorang yang menyenangkan," luah Remy.

Malah,Remy juga memberitahu dia dan Maya berkongsi minat yang sama iaitu mengikuti aktiviti luar dan lasak.

Mengulas tentang foto-foto percutian mereka itu, Remy memberitahu foto-foto itu diambil ketika dia dan Maya mengikuti trip ke 'Imbak Canyon', Sabah.

"Gambar yang peminat lihat itu dirakamkan ketika kami mengikuti 'trip' ke 'Imbak Canyon', Sabah. Kami ke sana atas jemputan Yayasan Sabah. Maya tanya saya kalau saya berminat nak ikut. Saya dari dulu memang suka panjat gunung dan lihat alam semulajadi," ujar Remy.

Menurut Remy lagi, pengalamannya menerokai sebahagian kawasan hutan simpan di sana tidak dapat dilupakan. Berbeza daripada pengalamannya sebelum ini. Kali ini Remy berpeluang mengenali dengan lebih dekat sistem ekologi di sana. Pengembaraan mereka diiringi renjer hutan dan kesempatan menimba ilmu tentang alam amat dihargai Remy.

Mengulas tentang gandingannya bersama bekas kekasih dalam drama 'Cinta Jangan Pergi', Remy juga sependapat dengan Tiz Zaqyah.  Dia menganggap urusan kerja perlu dilakukan secara profesional.

"Saya tak mahu buang masa melayan perasaan. Sepanjang pengambaran pun kami 'enjoy'. Dia sendiri seorang pelakon yang bagus. Satu pengalaman yang menyeronokkan kerana dua-dua pun komited dengan lakonan. Keseluruhannya baik dan tidak ada sebarang masalah," ujar Remy yang tumpang gembira apabila mengetahui Tiz  sudah pun menemui penggantinya.

Dalam perkembangan lain, Remy bakal terlibat dengan beberapa projek teater antaranya arahan Faisal Mustafa, 'M Butterfly' yang akan dipentaskan di Publika April ini. Selain itu, Remy akan ke set pengambaran filem terbaru arahan Osman Ali, 'Pilot Café' bersama Neelofa dan Fahrin Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan