Nuffnang

Sabtu, 23 Mac 2013

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


<b>Shila Amzah</b> Kecewa Gambar Minum Milo Dipolitikkan |

Posted: 28 Feb 2013 10:50 PM PST


Ok serius Abang Nara rasa nak gelak pun ada (sebenarnya dah gelak dah pun). Inilah harga yang perlu dibayar apabila anda menjadi seorang selebriti lebih-lebih lagi bila pilihanraya semakin dekat. Kesian kat Shila Amzah yang gambar minum Milo kotak pun telah dipolitikkan oleh di dalam sebuah blog.

shila milo

Antara petikan tulisan di dalam blog tersebut ialah:-

Pergh!!!! Rupa-rupa penyanyi Shila Amzah anak gadis N.D Lala dalam senyap-senyap kutuk kaw-kaw produk ada tempelan dan jenama 1M'sia. Kutukan itu secara tidak langsung memperlekeh dan pandang rendah slogan 1M'sia yang menjadi teriakkan dan kemegahan Najib Razak. N.D Lala diketahui umum sebagai penyokong tegar UMNO tapi anak gadisnya pula dilihat semacam tidak berkenan dengan UMNO. Petanda buruk untuk masa depan UMNO dan petanda baik untuk Pakatan Rakyat. Jika diambil kisah ini sebagai kayu ukur sokongan anak-anak muda, sudah jelas majoriti dari mereka menyokong padu Pakatan Rakyat. Tidak boleh dinafikan.

shila miloSeperti yang anda baca di atas, Shila Amzah telah memaklumkan yang perkara tersebut adalah fitnah semata-mata. Nampak jelas memang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan. Abang Nara tak sangka gambar minum Milo pun boleh dijadikan sumber. Nampaknya artis kalau nak minum air suam pun kena berhati-hati selepas ini. Hehehe.

P.S: 14 billionaire Malaysia berdasarkan Forbes

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Shila Amzah</b> Bakal Menetap Di Shanghai, Artis Pertama Malaysia <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2013 11:24 PM PST


Nampaknya tahun 2013 adalah tahun buat Shila Amzah mengembangkan kariernya di peringkat antarabangsa. Untuk makluman, Shila telah pun menandatangani kontrak bersama Shanghai Media Group (SMG) selama 6 tahun dan bakal membuat persembahan bersama artis SMG di Lincoln Center, New York.

shila amzah

Malah Shila Amzah juga akan menetap di Shanghai selama 6 bulan bersama ibunya untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Mandarin selain daripada merakamkan album Mandarin dan membuat persembahan untuk khalayak China. Ini satu perkembangan yang sangat membanggakan. Kata ND Lala, ayah Shila Amzah kepada Mstar Online:-

Tumpuan diberikan untuknya mempersiapkan diri bergelar superstar. Kita buat yang terbaik, Saya percaya dengan semangat dan jati diri yang ada dalam dirinya, dia boleh berjaya sekaligus mengharumkan nama Malaysia ke persada muzik dunia. Saya percaya, selepas setahun nanti tidak mustahil Shila akan menjadi artis yang namanya melebihi artis hebat seperti Tata Young. Malah saya difahamkan orang-orang di negara China sangat mengangumi cara dan gaya Shila membawakan lagu-lagu Mandarin. Dia seorang yang sangat unik dan luar biasa

shila

Nampaknya ada hikmah terputusnya hubungan cinta Shila dengan Sharnaaz. Dapatlah Shila menumpukan dan memberi fokus 100% kepada karier nyanyiannya. Semoga tahun 2013 akan dimurahkan lagi rezeki buat Shila dan lebih dikenali di peringkat antarabangsa. Good luck and all the best.

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Shila Amzah</b> Ditemui Di Kemaman, Terengganu |

Posted: 10 Feb 2013 07:40 AM PST


Maaf agak terlambat Abang Nara melaporkan berita ini. Shila Amzah yang dilaporkan hilang sebelum ini, telah pun dijumpai semula di Kemaman, Terengganu. Berita Harian melaporkan yang Shila ditemui dalam keadaan selamat oleh ayahnya, ND Lala.

shila

Semoga semua peminat Shila menarik nafas lega dengan berita gembira ini. Kepada mereka yang bakal menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang esok, nantikanlah persembahan daripada Shila Amzah. Kepada Shila, diharap jangan menghilangkan diri lagi selepas ini.

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan