Nuffnang

Jumaat, 5 April 2013

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Bintang Paling Popular ABPBH 2012 : <b>Aaron Aziz</b> <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2013 06:07 PM PDT

Semakin hampir malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), semakin banyak andaian yang dibuat tentang siapakah yang bakal merangkul gelaran Bintang Paling Popular ABPBH 2012. Tahun lalu, hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz menyandang gelaran tersebut sehingga mencetuskan kontroversi. Adakah Aaron mampu mengekalkan gelaran itu pada tahun ini?

Terdapat beberapa nama yang GUA jangkakan mampu merangkul gelaran Bintang Paling Popular ABPBH tahun ini seperti Aaron Aziz, Zizan Razak dan Shila Amzah. GUA katakan begini kerana setiap kali nama-nama ini muncul di lokasi jelajah ABPBH 2012, sorakan daripada peminat begitu memberangsangkan.

Pada tahun ini, Aaron Aziz yang sinonim dengan watak hero di layar perak membuat kejutan dengan kolaborasinya bersama kumpulan Sleeq. Aaron mengembangkan kerjaya ke bidang nyanyian yang sekali gus menambahkan lagi bilangan peminatnya. Lagu 'Salam Semua' yang didendangkan oleh Sleeq dan Aaron mengisahkan kisah hidup Aaron sebagai anak seni.

Manakala Zizan juga kini semakin mencipta nama sebagai pelakon, pengacara dan pelawak. Tidak dinafikan Zizan mampu membuatkan para peminat tidak kering gusi dengan keletahnya. Filem-filem yang dibintangi oleh Zizan juga meninggalkan kesan di hati peminat. Dalam pada yang sama juga, Zizan yang merupakan pengacara rancangan Melodi muncul setiap Ahad yang mana membuatkan peminat berpuas hati dengan konsistensi Zizan menghiasi kaca televisyen.

Selain itu, nama Shila Amzah juga turut melonjak naik setelah bergelar juara di pertandingan Asian Wave di China pada tahun lepas. Gadis muda itu telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia serta membuka mata banyak pihak tentanng bakat besar yang dimilikinya. Tidak cukup dengan itu, Shila juga mengegarkan industri hiburan tempatan apabila kisah cintanya dengan Sharnaaz Ahmad mengundang perbualan hangat.

Namun ini semua adalah andaian GUA semata-mata. Seperti yang kita sedia maklum, ABPBH merupakan anugerah yang berpihak kepada populariti mengikut undian para peminat. Undian sudah dikira, kita nantikan saja malam anugerah nanti!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan