Nuffnang

Jumaat, 5 April 2013

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Didie Alias</b> Nafi Tipu Peminat - Gua.com.my

Posted: 28 Feb 2013 08:00 AM PST

Pelakon, pengacara serta pelawak, Didie Alias dituduh menipu peminat gara-gara tidak muncul ketika percutian ke Beijing, China yang dianjurkan oleh syarikat pelancongan Arlief Event & Management, pada hujung Januari lalu. Walau bagaimanapun, pakej percutian selama enam hari lima malam itu tetap diteruskan juga di mana tempat Didie telah digantikan dengan pelakon Fizo Omar.

Pada Oktober tahun lalu, Arlief Event & Management telah mengadakan satu sidang media bagi memperkenalkan Didie sebagai Ikon Pelancongan agensi mereka dengan menawarkan pakej 'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng'. Ekoran ketiadaan Didie pada percutian tersebut, peminat terasa tertipu dengan pengacara karpet merah ABPBH 2012 ini.

"Ramai yang agak terkejut bila saya tak ada ketika percutian tersebut apatah lagi mereka yang pergi ke Beijing itu kebanyakannya peminat saya. Saya rasa tak sedap hati dan takut peminat ingat saya tipu mereka. Saya begitu ralat kerana pihak agensi bagi alasan yang saya tak balas emel mereka dan tak boleh bagi komitmen untuk percutian ke Beijing, China baru-baru ini.

Saya mahu membersihkan nama saya dan harap mereka selesaikan isu ini dengan memperjelaskan perkara sebenar. Sebenarnya, saya tak tandatangan kontrak dengan mereka dan hanya berbincang secara verbal dan melalui emel saja mengenai projek ini. Saya mengenali rapat tuan punya agensi kerana kami kawan dan saya sendiri yang mengutarakan kepadanya mengenai projek ini.

Namun, selepas mendapat persetujuan, projek ini beralih dari satu tangan ke tangan yang lain sekaligus perbincangan mengenai harga jadi tidak masuk akal sama sekali. Akhirnya, mereka sendiri yang membatalkan projek ini juga secara verbal serta emel. Kita berniaga dan jika orang tak menghargai, tak apalah. Saya malas nak layan isu ini sebab banyak lagi benda yang saya nak fikir.

Bagi saya, mereka lepas tangan dan saya akan mengadakan satu sidang akhbar untuk menerangkan lebih jelas mengenai hal ini. InsyaAllah, pada 12 Mac ini saya akan melancarkan kelab peminat saya dan saya akan menjelaskan kesemuanya pada waktu itu. Jika ada masa, saya juga mahu bersemuka dengan pihak agensi tersebut," ujar Didie mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan