Nuffnang

Khamis, 18 April 2013

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Farawahida</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2013 07:21 PM PDT


&#39;Jejaka Comel&#39; Gelaran Dari <b>Farawahida</b> Untuk Farizal Marlias

Posted: 08 Apr 2013 02:18 PM PDT

3Sungguhpun pasukan Harimau Malaya kalah dan tidak dapat memasuki final Piala AFF Suzuki 2012, ianya bukan bermakna peminat sukan bola tempatan akan memutuskan sokongan mereka terhadap pasukan tempatan.

Dek kerana itulah, Murai Batu mendapat tahu, peminat fanatik kepada penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias terus melakukan satu kempen untuk menaikkan semula semangat penjaga gawang berkenaan.

Menerusi status yang tertulis-Jangan Salahkan Farizal…' yang disiarkan dalam laman facebook tidak lama dulu, ramai menyokong bahawa Farizal telah melakukan yang terbaik ketika perlawanan separuh akhir menentang Thailand tempoh hari.

Namun, dari banyak-banyak komen status berkenaan, Murai Batu tertarik apabila penyanyi Farawahida turut sama memberikan komen dari status berkenaan.

Dalam komen tersebut, Farawahida menerusi akaun Facebook Real Farawahida Razali Full telah mengatakan Farizal seorang lelaki comel dan tidak pula dia menyokong status yang ditulis peminat terhadap Farizal.

Dari sini, Murai Batu terfikir, adakah Farawahida salah seorang peminat fanatik Farizal? Atau sebenarnya, Farawahida sememangnya mempunyai perasaan cinta terhadap Farizal yang berusia 25 tahun ini.

Yang penting, mungkin Farizal akan melalui kisah yang sama dengan Khairul Fahmi Che Mat apabila nama penjaga gol kebangsaan ini menjadi sebutan selepas Piala AFF Suzuki 2010 dan dikaitkan dengan Nora Danish.

Nampaknya, Murai batu terpaksa merisik dengan Farawahida mengenai komennya itu. Apapun, setahu Murai Batu, Farizal masih menantu keputusan kesnya yang agak kontroversi.

sumbar asal: murai

Penafian: Berita yang dipaparkan disini diperolehi daripada sumber-sumber seperti 2dayBlogger,Hmetro,BHarian,Sinarharian,Mstar,Blog-Blog Berita Dan Facebook.

Top 10 Search Terms:

•gambar comel farizal marlias•nama gelaran yang comel•gambar farizal marlias•gelaran bayi comel•khairul fahmi dan farizal marlias•kisah terbaru farizal marlias•nama gelaran yang comel untuk lelaki

"Kami Mahu Kahwin Terus, Tak Perlu Nak Bertunang" - <b>Farawahida</b> <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2012 09:33 PM PDT

Penyanyi Farawahida, 27 yang terkenal dengan lagu Tanpamu  sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kononnya dia pernah menjalinkan hubungan dengan komposer terkenal, Julfekar Ahmad. Tapi isu tersebut telah pun berlalu sejak tiga tahun lalu.

Terbaru menerusi laporan Berita Harian hari ini, Farawahida memaklumkan yang dirinya telah pun mengenali hati budi seseorang dan mereka telah berkenalan hampir 10 tahun.

"Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami baik-baik saja. Lagi pun, kami sudah saling mengenali hati budi masing-masing sejak 10 tahun dulu iaitu ketika di bangku sekolah lagi. Andai jodoh kami tiba, kami mahu kahwin terus, tak perlu nak bertunang.

"Kalau bertunang pun mungkin dalam tempoh yang singkat seperti tunang kemudian terus bernikah. Senang tak payah nak buat banyak majlis," ujar Farawahida.

Pada masa yang sama, Fara turut menyatakan hasratnya untuk membeli rumah sendiri sebelum mendirikan rumahtangga, kerana dia tidak mahu memumpang dengan keluarga dan mahu berdikari sendiri. Meskipun begitu, Fara tidak menolak untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Merujuk perkembangan terbaru, Farawahida kini sedang sibuk mencari bahan untuk lagu single keduanya. Single pertamanya, "Jangan Tanya Aku Lagi" sebelum ini mendapat sambutan hangat dan sering diputarkan di siaran radio tempatan.

Tags: ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan