Nuffnang

Jumaat, 19 April 2013

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


<b>Jamal Abdillah</b> Takut Jadi Seperti P.Ramlee | Berita Hiburan <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2013 07:52 PM PDT

ohartis-jamal-abdillah-takut-jadi-pramlee-2

Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee satu nama besar yang tak perlu diperkenalkan lagi. Segala hasil kerja seni beliau amat mengagumkan sehingga ke hari ini. Namun mungkin ramai yang tidak tahu, bagaimana perjalanan karier seni dipenghujung era zaman P.Ramlee. Beliau sudah mula tidak diterima peminat dan kebanyakan karyanya tidak lagi mendapat sambutan.

Penyanyi Jamal Abdillah antara peminat P.Ramlee yang melihat sendiri bagaimana lagu-lagu dendangannya ditolak mentah-mentah, dan bukan setakat itu sahaja kerana P.Ramlee juga turut di'boo' semasa kemunculan beliau di pentas untuk membuat persembahan.

"Kejadian itu saya saksikan sendiri ketika saya masih kanak-kanak. Pada waktu itu saya menonton persembahan P. Ramlee dengan beberapa artis lain termasuklah A. Ramlie dan L. Ramli di Kuala Selangor. Ketika P.Ramlee muncul, dia kena 'boo'. Peminat sudah tidak boleh terima muzik dia lagi pada waktu itu sedangkan dia adalah satu nama besar dalam industri seni. Ia membuatkan saya rasa takut." Jelas Jamal.

ohartis-jamal-abdillah-takut-jadi-pramlee-1

"Tak sangka sampai begitu sekali layanan yang diterima P.Ramlee. Insan yang kita anggap sebagai seorang permata berharga rupanya dilayan seperti 'sampah' bila dia sudah mula tidak laku. Tak mustahil perkara yang sama akan terjadi pada selebriti-selebriti lain diluar sana,kan?" tambah Jamal lagi.

Jamal yang ditemui pada majlis sidang media kedua, 'Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah – P. Ramlee Dalam Kenangan' di Pustaka Peringatan P. Ramlee, menyampaikan sumbangan sebanyak RM2000.00 untuk membaiki kembali pusara P.Ramlee yang rosak dilanda pokok dalam kejadian ribut baru-baru ni.

OHARTIS: TAK SANGKA P.RAMLEE PERNAH DILAYAN SEBEGITU RUPA. GENERASI BARU HANYA KENAL P.RAMLEE SEORANG SENIMAN HEBAT YANG DIKAGUMI RAMAI. APAPUN SEMOGA ARWAH DICUCURI RAHMAT KEATASNYA.

<b>Jamal Abdillah</b> Tolong Baiki Pusara P. Ramlee - Gossip Artis Malaysia

Posted: 16 Apr 2013 09:00 PM PDT

Pada: Rabu, 17 April 2013 Mana pergi artis kaya raya dan juga peminat yang selalu menjadikan Allahyarham Tan Sri P Ramlee sebagai idola? ni ha nak khabarkan yang Jamal Abdillah merupakan selebriti dan pihak yang awal selain Arkib Negara yang sedikit sebanyak menderma wang untuk membaiki pusara Seniman Negara yang dihempap pokok tumbang beberapa hari yang lalu.

Jamal memberikan replika cek sumbangannya itu kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi semalam. Rasanya Jamal bukan nak menunjunk-nunjuk, namun ikut dari caranya, rasanya dia sangat prihatin dan sanggup memberikan wang yang kadang kala dia juga menyanyikan lagu Allayarham. Apalah sangat wang ringgit dibandingkan dengan jasa P Ramlee yang filemnya masih lagi tak bosan-bosan dilihat sehingga ke hari ini..

Petikan daripada portal SinarHarian.

"Saya guna lagu-lagu P.Ramlee untuk konsert dan rakaman, jadi saya terfikir apa yang saya boleh buat untuk beliau?

"Kebetulan musibah itu (pusara rosak) berlaku, maka saya bagi apa yang termampu untuk bantu,"-Jamal

Tag: , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan