Nuffnang

Sabtu, 6 April 2013

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


:: MYARTIS.COM ::: EDRY <b>KRU</b> BERUBAH BUKAN KERANA BOTOX

Posted: 02 Apr 2013 01:15 PM PDT


Edry Abdul Halim menafikan gosip bahawa wajahnya mendapat suntikan botoks untuk kelihatan muda dan tampan sebagaimana artis barat.

Anggota kumpulan KRU itu berkata demikian bagi menyangkal khabar angin tersebut yang kini berlegar di alam maya. Menurut Edry, gosip berkenaan langsung tidak mempunyai asas yang kukuh dan dia enggan melayan cerita tidak benar tentangnya.


"Jika benar saya buat sebarang perubahan pada wajah sudah tentu kini saya kelihatan seperti Brad Pitt dan Yusry tidak lagi menjadi anggota KRU yang paling kacak.

"Khabar angin itu sama sekali tidak benar dan saya tidak akan melayan cerita yang tidak masuk akal seperti itu," jelasnya ketika ditemui media di Restoran Full House, semalam.

Edry dulu dan sekarang...

Dakwa Edry yang kini turut menyertai kumpulan Mojo, dia tidak mempunyai niat untuk berselindung atau berpura-pura dalam masalah ini. Oleh yang demikian, dia menganggap cerita yang diperbesarkan itu (penggunaan botox) adalah tidak masuk akal.

"Jika benar saya lakukan sebarang perubahan pada wajah, saya sendiri akan dedahkan perkara itu kepada umum dan tiada apa yang perlu saya sorokkan," katanya sambil ketawa.

Menurut Edry, perubahan wajahnya itu kemungkinan disebabkan dia aktif bersenam serta melakukan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Malah perubahan gaya rambut turut membuatkan dia kelihatan berbeza pada pandangan ramai.

"Saya tidak rasa ada apa-apa perubahan pada wajah saya kerana jika buat perbandingan dengan gambar lama dan terkini tiada beza tapi ada orang kata saya nampak lebih muda mungkin kerana gaya rambut yang sentiasa berbeza dan kesan senaman konsisten yang saya lakukan," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan