Nuffnang

Rabu, 10 April 2013

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


Dapat 4A SPM, <b>Najwa Latiff</b> Cuma Wakilkan Kakak | OHBULAN!

Posted: 21 Mar 2013 05:43 PM PDT

Najwa LatiffKerana terlalu tertekan, Najwa Latiff yang popular melalui lagu 'Kosong' semalam telah mewakilkan kakaknya untuk mengambil keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Menerusi Berita Harian, kakaknya iaitu Iqhwatul Syafika, 24, telah muncul seorang diri untuk mengambil keputusan SPM dan cubaan media untuk mendapatkan kenyataan daripadanya juga tidak berjaya kerana kakak Najwa terus balik selepas mengambil keputusan.

Najwa ketika dihubungi menjelaskan mimpi adalah antara punca dia tertekan dan takut untuk hadir sendiri mengambil keputusan.

"Saya tertekan sebab malam tadi (kelmarin) saya bermimpi tidak memperoleh sebarang A, sebab itu saya minta kakak ambilkan keputusan. Bagaimanapun saya tidak menyangka untuk dapat 4A kerana sebelum ini, saya mensasarkan keputusan 3A saja.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan keputusan ini dan emak juga gembira melihat pencapaian saya." – sumber.

Untuk seorang penyanyi remaja yang sibuk dengan kerjaya dikala yang lain sibuk belajar, ini sudah lebih dari cukup. Apa pun, tahniah dari OHBULAN! buat adik Najwa Latiff ya.

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan