Nuffnang

Isnin, 1 April 2013

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Marsha nafi Gaduh Dengan <b>Nur Fathia</b> - Gua.com.my

Posted: 06 Mar 2013 04:14 PM PST

Pelakon, penyanyi dan pengacara Marsha Milan Londoh, 28, menafikan tuduhan bahawa dia dan pelakon Nur Fathia, 26, bermasam muka kerana berebutkan teman lelaki. Desas-desus mengatakan pelakon drama 'Dalam Setiap Sujudnya' itu telah merampas teman lelaki Marsha.

Menurut Marsha, dia tidak pernah berkawan rapat dengan Fathia, apa tah lagi mereka tidak pernah berpeluang untuk bertegur sapa.

"Saya tak pernah ada masalah dengan Fathia.Bagi saya isu ini tak masuk akal. Dia berhak bercinta dengan sesiapa. Begitu juga dengan saya," ujar  Marsha ketika ditemui di majlis pra-tonton filem Bola Kampung paada Rabu
.
Tambah Marsha lagi, dia enggan memikirkan tentang isu ini kerana tidak mahu perkara-perkara negatif seperti gosip dan kontroversi menganggu kerjayanya.

"Saya cuba sedaya upaya saya untuk lari dari kontroversi. Tapi saya sedia maklum bahawa gosip adalah lumrah dalam industri ini. Cuma saya malas untuk memikirkan tentang perkara ini," ujar Marsha berterus-terang.

Gadis yang berasal dari Sabah ini berharap agar krisis dengan Fathia tidak diperbesarkan kerana bimbang perkara yang tidak pernah wujud diperbesarkan.

"Apa yang dah terjadi, biarkan terjadi. Saya harap tiada siapa yang cuba memperbesarkan hal ini,"ujar Marsha yang meminjamkan suaranya untuk watak Puteri Amanda dalam filem Bola Kampung.

Keith Foo Nafi Putus Cinta Dengan Aktres Indonesia Kerana <b>Nur</b> <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2013 05:33 PM PDT


Mungkin ramai yang telah mengenali Keith Foo, pelakon berbangsa cina kelahiran Negeri Sembilan yang juga merupakan pelakon yang terkenal di Indonesia. Kebelakangan ini Keith banyak menumpukan untuk membina kerjaya di Malaysia dan kemahirannya berbahasa Indonesia membolehkan dia membawa watak lelaki seberang dengan baik.

Sejak sekian lama juga Keith diketahui bercinta dengan pelakon Indonesia Tyas Mirasih, namun baru-baru ini hubungan cinta mereka telah putus. Ada yang menyatakan terdapat seorang pelakon lelaki Malaysia yang merapati Tyas waktu aktres Indonesia itu bekerja di Malaysia baru-baru ini, dan ada juga desas-desus yang menyatakan Keith berpisah dengan Tyas kerana Nur Fathia, yang berlakon dengannya dalam drama 'Dalam Setiap Sujud' yang ditayangkan di TV9. Fathia juga dikatakan telah menolak lamaran cinta seorang kerabat diraja kerana sukakan Keith.

Bagaimanapun, Keith menafikan dakwaan itu, dan menganggap gosip sebagai lumrah dunia artis.

Fathia seorang wanita yang berbakat dan cantik tetapi itu tidak bererti kami bercinta kerana hubungan itu sekadar kawan sahaja.

Besar kemungkinan Keith akan berjaya mencipta nama di Malaysia yang merupakan tanahairnya, namun ingin sekali kami menyaksikan dia membawa watak lelaki Malaysia. Takkan nak bawa watak lelaki seberang saja, tak gitu?
Tambahan pula Keith ada rupa dan bakat dalam bidang lakonan. Keith ada menyatakan yang dia tidak memikirkan tentang teman wanita dan mahu menumpukan sepenuh perhatian pada kerjayanya yang baru bertapak di Malaysia.

Namun mengenai Fathia, kalau dua-dua single, nak berpacaran pun apa salahnya ya tak? Kredit info pada mStar Online. Lagi empat gambar Keith dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar pada Twitter Keith Foo.

p/s: Hangat betul butik zawara, semua kawan-kawan abang nara dah jadi peminat setia butik zawara, Jom sama-sama tampil bergaya dan sopan dengan koleksi exclusive dari zawara. Kualiti macam jenama antarabangsa tapi harga murahnya!!! KLIK GAMBAR INI

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Nur Fathia</b> Tolak Risikan Kerabat diRaja!

Posted: 13 Feb 2013 08:32 PM PST

Pelakon cantik molek, Nur Fathia mengakui yang dirinya pernah dirisik oleh golongan bukan calang-calang dari kerabat Diraja.

Namun Nur Fathia menolak risikan itu kerana dianggap salah faham diatas hubungan mereka selama ini. Memang tidak disangka seorang rakyat biasa menolak risikan orang berdarah diRaja. Sebenarnya Nur Fathia inginkan jejaka yang sederhana dan memiliki ilmu agama setidak-tidaknya.

Dan kini dia serik untuk berkawan dengan lelaki-lelaki di luar sana dan memberikan fokus kepada kerjaya serta matlamat hidupnya kini.

"Ya saya akui saya memang dirisik oleh seorang kerabat Diraja pada tahun lepas tetapi semua ini terjadi disebabkan salah faham yang berlaku di atas perhubungan akrab kami. Saya tidak nafikan sepanjang perkenalan kami, kami agak rapat  dan keakraban ini mungkin disalah ertikan oleh beliau. Selepas dirisik, saya menolak dengan cara yang baik kerana saya belum bersedia udan tidak pernah terfikir hubungan kami akan pergi sejauh itu,

"Saya tidak serik untuk berkawan dengan mana-mana lelaki, cuma harap selepas ini tiada orang yang tangkap cintan atau tersalah tafsir apabila berkawan dengan saya nanti. Mengenai ciri-ciri lelaki idaman, saya mahukan lelaki yang bersederhana dalam segala hal, kuat agama supaya boleh memimpin saya ke jalan yang benar serta berpelajaran," ujar Fathia, petikan portal GUA

Tag: , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan