Nuffnang

Isnin, 1 April 2013

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


“Saya Memang Seorang Yang Demand” – <b>Que Haidar</b> | ROTIKAYA

Posted: 21 Feb 2013 08:12 PM PST

Menanti hampir empat tahun untuk kemunculan kembali pelakon berbakat Que Haidar adalah perkara yang amat ditunggu oleh semua.

Memberitahu semakin demand dan sangat memilih untuk menjayakan sesebuah filem, Que Haidar tidak kisah jika bintangnya di dalam dunia perfileman semakin malap dilupakan.

"Ya, saya memang demand dan sangat-sangat memilih untuk berlakon. Bukan tidak ada tawaran lakonan tetapi kebanyakkannya saya tolak kerana tidak menepati kehendak saya"

Que Haidar tidak kisah jika dilabel begitu kerana bagi dirinya lakonan bukan lagi menjadi fokus utama, Que Haidar kini lebih sibuk mengajar lakonan dan membuat bengkel di negeri-negeri seperti di Johor Baharu baru-baru ini.

"Selain daripada bidang lakonan, saya turut terlibat di dalam menjayakan bengkel-bengkel lakonan serta membantu perniagaan isteri (Linda Jasmine) dengan studio tariannya"

Ujar Que lagi kini dia hanya mahu terlibat jika diberikan peluang untuk berlakon di bawah arahan pengarah seperti Din Said, U-Wei dan juga Mamat Khalid kerana karya dan kreativiti mereka yang pasti lain daripada pembikin filem yang ada di Malaysia.

"Mungkin masa untuk saya berlakon bersama mereka belum tercapai kerana masih banyak yang harus diperbaiki selain pengarah seperti mereka pastinya sudah ada gambaran setiap karakter yang diinginkan"

Di dalam perkembangan lain, Que Haidar turut berkongsi pengalaman beliau menerima tawaran berlakon bersama Mamat Khalid bagi filem pertama selepas empat tahun menyepi iaitu "Rock oo!" dimana beliau mengambil masa empat bulan untuk membaca dan memahami skrip.

"Masa yang diambil lebih kurang empat bulan, manakala seminggu sebelum tarikh penggambaran bermula barulah saya terima"

Tidak mahu merendahkan martabat seorang artis, Que seringkali menjadikan gaya selebriti Hollywood di dalam percaturan hidup mereka di dalam dunia lakonan sebagai contoh untuk dirinya.

"Saya mahu menjadi artis barat yang bukan sahaja berlakon malahan di belakang mereka masih banyak perkara yang dilakukan oleh yang demikian mereka tidak kisah jika tiada tawaran berlakon dan mengambil masa bertahun-tahun untuk menjayakan sebuah filem pada satu-satu masa"

Filem aksi komedi "Rock oo!" lakonan Que Haidar bersama Khir Rahman, Shoffi Jikan dan ramai lagi bakal menemui penonton pada 28 Februari ini.

<b>Que Haidar</b> Pilih 4 Pengarah Sahaja | MyNewsHub

Posted: 10 Mar 2013 06:15 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]PETALING JAYA – Pelakon Que Haidar hanya memilih empat pengarah hebat iaitu Mamat Khalid, U-Wei Saari, Dain Said dan Wak Khalid sekiranya ditawarkan berlakon filem. Que berkata, empat pengarah itu merupakan ...

&#39;Saya Memang Demand&#39; – <b>Que Haidar</b> | MyNewsHub

Posted: 22 Feb 2013 09:39 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Setelah agak sekian lama tidak melibatkan diri di dalam bidang lakonan, Que Haidar baru-baru ini muncul di dalam filem arahan Mamat Khalid yang berjudul Rock oo! Menerusi Rotikaya.com, Que memberitahu dia semakin ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan