Nuffnang

Jumaat, 26 April 2013

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


Buah tangan terbaru <b>Ramlah Ram</b> - Portal berita Negeri Sembilan

Posted: 05 Apr 2013 08:20 PM PDT

Ramlah Ram

KALI terakhir tampil dengan album berjudul Ketentuan pada tahun 2009 lalu, kini penyanyi ternama, Ramlah Ram berjaya menghasilkan album terbarunya, Aspirasi Hati.

Pelancaran album ini telah dijalankan di Neway Karaoke Box, Fahrenheit 88, Bukit Bintang, Selasa lalu.

Apa yang menariknya mengenai album ini adalah ianya telah dihasilkan atas usaha kelab peminatnya, Ramlah Ram Group (RRG) yang sanggup menampung kos penerbitan sebanyak RM75,000.

Siap sepenuhnya sejak 2012, album edaran FMC ini mengandungi 12 buah lagu baru yang pastinya mampu mengubat kerinduan peminat setia penyanyi ini.

"Setelah lama menanti, akhirnya saya dapat juga menyiapkan album baru. Ini semua hasil kerja keras peminat yang mahu melihat saya tampil dengan album baru.

"Saya sangat terharu dengan kesungguhan mereka.

"Secara jujurnya, saya tidak mengambil keuntungan dari album ini kerana ia akan dimasukkan ke dalam tabung RRG untuk kegunaan akan datang,"  jelasnya.

Antara lagu yang dipertaruhkan adalah Sesaat Kau Datang, Seandainya, dan 5:00 minit yang menampilkan penyanyi rap, Caprice.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan